Ezam janji buktikan kebenaran

on Wednesday, August 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Wednesday, 13 August 2008 11:29
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor, memberi jaminan akan bertarung habis-habisan jika dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk mengembalikan kerusi yang dipegang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1999, jika diberi peluang.
Ezam yang menyertai Umno Jun lalu selepas lebih 10 tahun bersama PKR, berkata beliau menerima banyak ancaman dan tekanan akibat tindakannya yang dibuat kerana mempertahankan pendiriannya sebagai seorang Islam.

“Jika saya dicalonkan, pencalonan ini akan menjadi perjuangan moral bagi membuktikan antara kebenaran dan kepalsuan,” katanya ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju di sini, semalam.

Ezam berkata, beliau menerima ancaman termasuk ancaman bunuh selepas melahirkan kesediaannya untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil itu.

Umno Permatang Pauh sebelum ini dilaporkan mahu anak tempatan dipilih menjadi calon dan meminta pucuk pimpinan parti tidak mencalonkan orang luar seperti Ezam atau Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, yang kalah dua kali sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau akan menggunakan isu peribadi sebagai senjata untuk menentang calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam berkata tindakan itu tidak akan dilakukan selagi mereka tidak menyentuh peribadi dan keluarganya.

Sementara itu, Omardin yang juga Pengasas Majlis Seni Bela Diri (Marcil) dianggotai pengamal seni mempertahankan diri dari semua kaum, sudah mendapat maklum balas daripada ahli majlis untuk memberi sokongan kepada Ezam, jika dicalonkan.

“Kalau Ezam jadi calon, kami akan beri sokongan padu, dan sokongan ini diberikan kepada mereka yang tidak ada kepentingan peribadi.

“Namun, pada masa sama kami mahu melihat ahli Umno lebih kukuh kedudukannya bagi memastikan dapat meraih kemenangan di Permatang Pauh,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.