PKR 'cakap tidak serupa bikin' : Khairy

on Friday, August 22, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



BUKIT MERTAJAM: Siasatan dakwaan rasuah ke atas dua Exco Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggambarkan parti itu bersikap 'bercakap tidak serupa bikin.'

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata selama ini PKR dan parti pembangkang sering menuduh pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai perasuah dan mereka pula adalah bersih.

Bagaimanapun, katanya, kes terbaru itu menunjukkan pembangkang tidak sebersih seperti didakwa mereka selama ini.

"Mereka (PKR) cakap tidak serupa bikin, mereka kata pemimpin BN dan Umno rasuah, hari ini (semalam) BPR tangkap Exco PKR Perak kerana rasuah. "Siapa yang rasuah...(bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) Ezam (Mohd Noor) juga pernah mendedahkan ketika (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan dia juga meluluskan berbilion bilion ringgit untuk kroninya," katanya pada majlis perjumpaan bersama ahli Putera Umno di sini malam semalam.

Khairy juga mempertikaikan sandiwara Anwar kononnya PKR tidak mempunyai sumber kewangan hingga terpaksa meminta sumbangan daripada ahli untuk berkempen tetapi terlalu banyak poster dan bendera parti itu dipasang di seluruh Permatang Pauh.

"Daripada mana dia dapat duit itu...dia belanja berjuta-juta ringgit di sini, kemudian kata PKR tidak ada duit," katanya.

Pada majlis sama, Khairy turut mencabar Anwar bersumpah laknat bahawa beliau tidak meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau hendak tebus maruah, Anwar perlu bersumpah beliau tidak buat apa yang didakwa dan dia kena sumpah laknat atas keturunannya seperti apa yang dibuat Saiful," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.