Pusat hiburan kian banyak akibat lantikan EXCO Tercemar?

on Saturday, June 14, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




SHAH ALAM 23 Mei - Kerajaan negeri diingatkan supaya melaksanakan penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan dengan lebih serius bagi menangani aktiviti maksiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada orang ramai.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ingatan itu kerana pusat hiburan dikatakan semakin banyak dibuka serta beroperasi melebihi pukul 4 pagi selain aktiviti penjualan video cakera padat (VCD) lucah secara terbuka dan berleluasa.



Lebih memalukan lagi katanya, Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu dikatakan terlibat menghalang pihak polis menjalankan tugas menutup sebuah pusat pelacuran di Subang Jaya.


"Perbuatan ini perlu diambil perhatian kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri kerana beliau bertanggungjawab dalam soal pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya tidak bertindak begini," katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


Mohamad Khir turut menyifatkan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti 'tinggal dalam hutan' kerana tidak dapat menerima hakikat Barisan Nasional (BN) telah banyak membawa pembangunan.


"Terimalah kenyataan yang BN telah bawa banyak kejayaan. Kalau selama ini BN gagal mentadbir, kita semua masih tinggal dalam hutan dan pakai selipar. Pakatan Rakyat seperti tidak tahu bersyukur dengan semua kejayaan ini," katanya.


Tambah Mohamad Khir, kejayaan Selangor pada hari ini merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah memerintah dengan baik yang turut dinikmati wakil rakyat Pakatan Rakyat.


Beliau juga mencadangkan kerajaan negeri menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Pusat kerana masih memerlukan peruntukan kewangan terutama peruntukan untuk PBT.


"Tidak guna kerajaan negeri berkonfrontasi dengan Kerajaan Pusat kerana Selangor memerlukan bantuan kewangan untuk mentadbir termasuk PBT yang kosnya lebih tinggi berbanding pendapatan," katanya.


Mohamad Khir turut mengingatkan kerajaan negeri supaya merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu sebelum melaksanakan cadangan cuti 90 hari bersalin kepada kakitangan awam sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.


Menurutnya, rujukan dengan jabatan itu perlu dilakukan kerana cadangan sedemikian membabitkan syarat-syarat perkhidmatan, pencen, urusan lain yang mungkin menyukarkan pentadbiran di negeri itu.


"Sepatutnya, kerajaan negeri meneliti perkara ini termasuklah perbincangan dengan pihak JPA.


"Kita tidak mahu cadangan ini boleh menimbulkan masalah bukan hanya kepada kakitangan terbabit, tetapi kepada kakitangan itu sendiri termasuklah kerugian yang dialami kedua-dua pihak," ujarnya.



kisah exco menahan pihak berkuasa dari menutup operasi pelacuran seperti kisah hindustan dan filem cina hong kong.hehe Inspektor polis nak pi serbu tiba2 menteri mai halang ..hehe inilah pemimpin PKR yang kita tidak tahu latar belakang dia .. entah dia pun terbabiat sama dengan geng tu ..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.