Keimanan dan kesabaran Pak Lah mengatasi segalanya

on Thursday, June 19, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Berbagai cara dan cubaan yang dilakukan untuk menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia namun semua dapat diatasi . Tidak dinafikan , walaupun semua ini dapat ditangani ianya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada parti dan moral Perdana Menteri. Masalah yang timbul sekarang bukannya datang dari pembangkang tetapi masalah yang kita hadapi sekarang adalah dikalangan ahli UMNO yang mengejar kedudukan dan kepentingan. Oleh kerana kita sibuk melayan kerenah-kerenah mereka ini, kita telah membuka ruang yang luas untuk pembangkang mara ke hadapan tanpa sebarang tekanan dan akhirnya mereka begitu tenang dan hanya memainkan permainan yang sedang kita mainkan dengan keadaan yang begitu terkawal sekali.

Masalah dalaman yang kita hadapi ini berpunca dari satu punca yang benar-benar tidak puas dan hari -hari cuba menghakiskan kepercayaan rakyat agar rakyat membenci Perdana Menteri. Jika kita fikirkan apa yang berlaku hari ini adalah satu proses perjalanan pemerintahan yang biasa yang sering akan dihadapi oleh mana-mana pemerintah dengan keadaan krisis yang global ini. Keadaan menjadi buruk apabila ianya saban hari digodak untuk membayangkan keadaan yang buruk sedang berlaku dalam kepimpinan sedangkan proses ini adalah proses normal yang pernah berlaku kepada pemimpin yang lalu.

Bayangkan betapa setiap hari ada saja kesalahan dan kesilapan yang dicari oleh orang yang tidak bersetuju dengan Perdana Menteri , pasti mereka akan ketemui kesilapan berkenaan , jangan tidak ada kesalahan pun akan dijadikan juga sebagai satu kesalahan . Perdana Menteri terpaksa mengahadapi situasi yang getir ini disamping terpaksa menghadapi tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.

Selagi Pak Lah tidak meletakkan jawatan selagi itulah tohmahan akan dilemparkan dengan satu niat yang jahat untuk melihat akan kepimpinan Pak Lah jatuh berkecai dan mereka akan bertepuk tangan dan mengambil alih pucuk kepimpinan daripada Perdana Menteri, barulah mereka akan merasa puas. Namun seperti yang kita ketahui , kepuasan ini tidak akan lama, kerana mereka juga akan memberikan masalah kepada kepimpinan yang baru sekiranya kepimpinan ini tidak memberikan mereka ganjaran kerana telah menaikkan mereka di tempat yang tertinggi dan sekali lagi proses menjatuhkan yang baru ini akan bermula kembali. Mujurlah Pak Lah ada kekuatan dan kesabaran sendiri untuk menangani maslah ini dan tekanan yang diberikan kepada Pak Lah hampir - hampir menekan mereka sendiri dan ada seketika mereka pula yang hampir putus asa dan bercelaru seketika.

Hari ini mereka terus melemparkan berbagai andaian dan tohmahan kepada Perdana Menteri dan lebih teruk lagi dari yang dilemparkan oleh pembangkang. Hari ini mereka seolah-olah menuduh Pak Lah mempunyai pakatan dengan pembangkang. Mereka menuduh Pak Lah punyai agenda dan perjanjian tersendiri dengan Datuk seri Anwar Ibrahim. Mereka seolah-olah takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Semakin lama, semakin dekat pemilihan UMNO, mereka semakin gusar dan khuatir kerana Pak Lah akan terus memimpin UMNO dengan mandat yang baru yang mana mandat ini diterjemahkan oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang mana kekuatan Pak Lah tidak lagi boleh mereka gugat. Hari itu juga akan menyaksikan mereka yang berpihak kepada mereka akan tersingkir dari menjadi duri dalam daging UMNO dan pengaruh mereka untuk menjahanamkan kepimpinan Pak lah mungkin akan terbayang akan satu petanda kegagalan.

Hari ini sahaja , mereka hampir hilang keyakinan ,walaupun mereka mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan Pak Lah. Masa akan menentukan segalanya. Jika Pak lah berjaya menghadapi dugaan ini bermakna Pak Lah berjaya menghadapi apa juga dugaan yang akan datang. Kita seharusnya menyokong dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan kita bagi memastikan segala kemelut ini dapat diatasi dengan baik . Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya dan menyalak bagaikan anjing menyalak bukit.



semoga Pak Lah tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini ..insyallah segala akan baik . mujur Najib dan pemimpin2 UMNO dan komponen BN majoritinya menyokong Pak Lah .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.