Pengundi Melayu Selangor terima padah !!!

on Tuesday, June 10, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pengundi Melayu tanggung padah

Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR 9 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya orang Melayu di Selangor kini mula sedar bahawa mereka terpaksa menanggung padah kerana salah memilih kerajaan.

Menurut beliau, ini berikutan keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, walaupun Menteri Besar Selangor beragama Islam tetapi tidak mempunyai kuasa sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu.

''Apabila kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas memerintah Selangor, bidang kuasa adalah di tangan Exco kerana kekuasaan dan keputusan ditentukan oleh mereka,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Penghargaan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2007 di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah memberikan jaminan untuk melaksanakan sistem akidah Islamiah.

''Tetapi apa yang boleh dilakukan melainkan terpaksa bersetuju kerana suara mereka hanyalah suara minoriti.

''Cuma saya ingin beritahu orang Islam di Selangor, itulah harga mahal yang terpaksa mereka bayar kerana salah memilih kerajaan,'' katanya.

Beliau yang juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dengan keputusan kerajaan campuran negeri Selangor itu.

Menurutnya, keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan.

Kata beliau, wujud satu garis panduan khas kerana Islam adalah agama rasmi negara dan mempunyai garis panduan tertentu tanpa mengetepikan agama lain.



inilah akibatnya orang melayu bandar seperti di Lembah Kelang yang tahu marah tapi jelas inilah akibat dan kesannya. tak mustahil tokong dan kuil hindu nanti kat belakang umah orang melayu dan sebelah masjid seperti di Kg Rawa . boleh timbul isu agama nanti tak ambil tindakan dari awal .


One Response

  1. Anonymous says:

    yang menajiskan seseorang adalah dari hati dan fikiran. Sebab punca semua kejahatan,keegoan,nafsu,kebencian,fikiran jahat,fitnah,irihati, menjahanamkan orang lain dan membunuh semuanya berasal dari hati manusia.cuba kita fikir kita tak makan babi tetapi sekiranya apa yang saya sebutkan tadi ada dalam hati kita...boleh masuk surga ke??

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.