UMNO akan bersidang dalam keadaan parti itu bukan sahaja ‘dihimpit’ oleh pakatan pembangkang tetapi juga ‘ditekan’ oleh segelintir ahli-ahlinya yang terpengaruh dengan fakta separuh masak melibatkan kepemimpinan parti.

Malah pemimpin dalam parti  seperti Muhyiddin  kini mahu menjadikan Perhimpunan Agong UMNO kali ini sebagai medan menunjukkan agenda sempit mereka meracuni pemikiran perwakilan dan ahli parti . 

 Demokrasi  dalam UMNO  membenarkan seseorang itu bersuara dan  memberi pandangan tetapi malangnya suara dan pandangan itu disampaikan melalui cara yang tidak betul.

Apabila tindakan diambil, maka kelompok tersebut menganggap ia tidak demokratik sedangkan mereka tidak memikirkan apakah tindakan mereka boleh memberi kesan kepada parti atau tidak? 









Sebenarnya matlamat Persidangan  Agung tahunan UMNO Malaysia adalah akhirnya untuk mengukuhkan parti sebagai tonggak kepada kerajaan dan bagi menghadapi PRU14. 

Tiada tempat untuk  sesiapa  yang mahu menonjolkan  agenda sempit seperti yang hendak dibawa  oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin, lebih2 lagi apabila agenda, tuduhan, dakwaan dan hasutan ini hanya berdasarkan andaian semata-mata.

Tetapi apa yang pasti orang Melayu secara keseluruhan mahu menyaksikan UMNO sentiasa matang dalam berhadapan apa jua cabaran bukannya melatah bagaikan ‘kera kena belacan’.

UMNO yang sudah berusia 69 tahun sudah melalui pelbagai ujian dan ia telah mematangkan ahli parti . 

Pihak di luar sana yang membenci UMNO entah sudah  berapa lama   menanti dan mendoakan agar UMNO berantakan. Jika keadaan ini  berlaku, ini akan menyebabkan kedudukan orang Melayu juga terbangsat di bumi tanahair sendiri . 

Dalam ke­adaan apapun menjelang PRU 14 ,   UMNO tidak boleh ‘cedera’ , ‘tercedera’ atau ‘dicederakan’ kerana yang akan sakit adalah orang Melayu dan parti keramat ini perlu pastikan BN menang PRU14  dan terus memerintah negara ini .

Justeru adalah wajar jika perhimpunan kali ini dijadikan medan untuk membuktikan UMNO masih lagi relevan untuk orang Melayu.  Kita tidak mahu ada Pak Pandir di dalam UMNO menjadi duri dalam daging merosakkan parti ini .