NASIHAT PENGERUSI TETAP KEPADA PERWAKILAN MENJELANG #PAU2015

on Wednesday, December 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO matang dan mampu menyampaikan pandangan atau bantahan mereka secara berhemah, kata Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruddin.
Berdasarkan pengalamannya bersama UMNO selama 47 tahun, beliau mendapati anggota parti itu sentiasa dididik untuk menyampaikan pandangan atau bantahan mereka secara berhemah.
Sehubungan itu, beliau yakin Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan berjalan lancar walaupun parti itu menghadapi pelbagai cabaran, katanya selepas diwawancara oleh Bernama Radio24 di sini hari ini.
“Insya-Allah perwakilan-perwakilan UMNO ini matang kerana mereka (perwakilan) yang datang ini dipilih di peringkat akar umbi untuk mewakili bahagian masing-masing. Namanya persidangan… maknanya mereka (perwakilan) datang untuk bersidang, bukan datang untuk kita cari masalah.
“Kita (mengamalkan) demokrasi. Contohnya presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang tanpa bertanding, maknanya solid (teguh). Ia pilihan terhadap dia, jadi begitu juga jawatan-jawatan lain dalam parti kita ini,” katanya.
Badruddin berkata teguran yang dibuat perlulah berhemah mengikut landasan Islam yang menegah umatnya menghina atau mengaibkan pihak lain walaupun berbeza pandangan dan pendirian.
“Saya percaya anggota-anggota UMNO akan akur dan ikut peraturan parti jadi kita serah kepada Allah agar persidangan diberkati dan kita harap perwakilan datang kerana Allah serta kita akan dapat bawa balik satu keputusan yang baik untuk parti dan negara di akhir perhimpunan nanti,” katanya.
Perhimpunan Agung UMNO 2015 dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Dis dengan dimulakan dengan perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, dan diikuti dengan perasmian Perhimpunan Agung UMNO pada 10 Dis.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.