KIBAR SANG SAKA MALAYA SEPERTI MENCABAR KEDAULATAN NEGARA !!

on Monday, September 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Tindakan kumpulan tertentu mengibarkan bendera digelar Sang Saka Malaya dan bukannya Jalur Gemilang pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara di ibu negara pada Jumaat lepas adalah mencabar kedaulatan negara, kata pakar sejarah Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam.

 Ramlah yang juga Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, ini melibatkan soal kemerdekaan, perjuangan yang dibuat orang terdahulu untuk memastikan negara tercinta bebas daripada penjajahan.

 "Ini soal negara, bukan soal politik. Bagi saya, kumpulan tertentu itu telah mencabar kedaulatan negara. "Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, tetapi kita bercakap mengenai negara, tidak melibatkan politik," katanya kepada Bernama hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kumpulan tertentu yang mengibarkan bendera itu pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56, di Dataran Merdeka, Jumaat lepas. Tindakan kumpulan itu mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang merampas bendera berkenaan lalu menggumpalnya sambil memberitahu itu bukan bendera Malaysia dan insiden itu mula dimuat turun di laman sosial.

 Ramlah turut mempersoalkan matlamat kumpulan itu yang mengibarkan bendera digelar Sang Saka Malaya. "Mana kiblat mereka? Adakah mereka belot kepada negara?

Mereka mendaulatkan sesuatu yang tidak pernah diterima pada satu masa dahulu," katanya. Sang Saka Malaya merupakan bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris empat jalur dilaporkan bendera milik sebuah persatuan di negara ini pada era 1940-an.

 Mengulas mengenai penglibatan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Ramlah berkata, tokoh itu sepatutnya sensitif dengan perjuangan orang terdahulu daripada beliau (A. Samad), yang berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara.

 Ramlah yang berasa sedih dengan penglibatan tokoh itu berkata, sebagai seorang yang matang dan tokoh yang dihormati beliau perlu menghormati negara yang telah berjasa kepada beliau.

 "Kerajaan mengiktiraf beliau dan kerajaan itu adalah kerajaan yang memimpin negara sekarang," katanya. 

Menurut klip video itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sebuah sajak dengan bendera Sang Saka Malaya berada berhampiran dengannya ketika seorang lelaki merampas beberapa bendera itu.

 Sehubungan itu, Ramlah mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terutama yang membabitkan soal perlanggaran kenegaraan yang menyebabkan insiden seperti itu berleluasa.

 Dalam pada itu, Ramlah mengucapkan tahniah kepada lelaki berkenaan yang berani merampas bendera itu. Beberapa penganalisis politik pula berpendapat pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencetuskan api kemarahan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini termasuk mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya itu.

 Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, usaha menukar bendera negara telah bermula sejak tahun lalu lagi dan seperti tiada kesudahannya, insiden sama berulang semula pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara Jumaat lepas.

 "Pihak berkuasa perlu lebih tegas dan berani untuk mengambil tindakan serta menghukum pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana jika tidak ia seperti kita mengiktiraf bendera Sang Saka Malaya itu," katanya. Beliau berkata, mereka yang memahami sejarah negara serta peri pentingnya kedaulatan itu dipertahankan, tidak akan melakukan tindakan sedemikian kerana bendera merupakan nilai dan simbol negara.

 Mengenai tindakan berani lelaki dalam klip video itu, Sivamurugan berkata: "Tindakan lelaki dalam klip video itu patut dijadikan contoh dan iktibar oleh semua pihak kerana beliau berani bertindak walaupun seorang diri."

 Nada sama turut dilontar Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Pengajian Media Universiti Teknologi Mara, Prof. Madya Dr. Ismail Sualman yang berkata, tindakan berani pihak tertentu cuba mengibarkan bendera lain selain Jalur Gemilang jelas menunjukkan kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berkuasa.

 "Apabila bendera itu dipaparkan pada malam itu...pihak berkuasa macam tak ambil tindakan, tiada yang ambil perhatian sehingga ada pihak ambil kesempatan," katanya. Beliau menegaskan, usaha menukar Jalur Gemilang merupakan tindakan tidak berakal kerana tiada negara di dunia ini yang menukar bendera masing-masing kerana ia simbol kedaulatan sesebuah negara.

 "Pemimpin boleh bertukar dari semasa ke semasa...tapi bukan bendera. Tak ada lagi negara di dunia ini tukar simbol kedaulatan mereka," katanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Kerajaan yang ada sangat lembut, lembik dan tidak berupaya mencegah perkara-perkara seperti ini selain daripada sibuk mengelaurkan perbelanjaan yang banyak untuk mesej-mesej kenegaraan di media. langkah2 pencegahan tidak dibuat...malang sekali, ingatkan Pak Lah adalah PM paling bodoh dalam sejarah Malaysia rupanya Najib jauh lebih teruk.

  2. Anonymous says:

    semua pihak berkuasa tak ada telur takut dgn puak2 ni....padahal malam tu semua pihak berkuasa ada...DBKL ADA , PDRM ada....xkanlah sorang pun x nampak sibuk tgk bunga api ke......

  3. Anonymous says:

    Mana kerajaan berani ... dehimmm Anwar Ibrahim sudah kecut, ini belum lagi Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng ...... kalau berani sumbat mereka dalam jel atau tembak, sekarang dah banyak penembak upahan .... Ayat ayat ini pun belum diterima oleh admin!

  4. Anonymous says:

    Pengkhianat macam ne wajib kena tembak je..musuh negara,umpama api dalam sekam.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.