TS Musa Hassan kritik kerajaan bersebab !!

on Wednesday, September 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ramai orang mempertikai kewibawaan  TS Musa Hasan yang sering mengkritik kerajaan terutama dalam soal keselamatan. 

Tapi bagi GPB tak perlu dipertikaikan kerana kritikan dan cadangan beliau adalah  untuk kebaikan negara . Pandangan beliau dalam wacana anjuran Sinar Harian kelmarin mengenai soal keselamatan dan jenayah wajar dijadikan panduan




SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan berkata kerajaan silap memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) tanpa memperkenalkan undang-undang baru untuk menggantikannya.

Beliau berkata sepatutnya perlu ada cadangan undang-undang bagi menggantikan EO, bukan terus mansuh.

Tegas Musa, pihak berkuasa sukar bertindak membanteras jenayah menggunakan undang-undang konvensional, justeru keperluan untuk memperkenalkan undang-undang yang memberikan polis kuasa bertindak dengan lebih tegas.

Musa tidak yakin bahawa pindaan-pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang akan dibentangkan di Parlimen bulan ini berupaya memenuhi keperluan polis.

"Saya rasa kita perlu mendesak kerajaan kita dan parti pembangkang juga bahawa kita memerlukan akta perlindungan yang besar dan kukuh, dan kuat,"katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.