Sabtu ini bukti@NajibRazak hargai sokongan pengundi Melayu & Bumiputra !!

on Thursday, September 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sabtu   ini bertempat  di UITM Shah Alam ,  Kerajaan BN berteraskan Melayu Islam diketuai Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak bakal   memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera termasuk peluang saksama dalam pekerjaan di syarikat swasta, khususnya di peringkat pengurusan .  

GPB melihat inisiatif yang akan diperkenalkan Kerajaan   untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam ekonomi adalah mengulangi apa yang dibuat Tun Razak Hussein yang menubuhkan DEB .

Jika  Tun Razak  memperkenalkan DEB untuk  mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa &  menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.

Manakala anaknya Datuk Seri Mohd Najib akan memperkenalkan inisiatif bagi  menggalakkan penglibatan bumiputera dalam sektor ekonomi. Tiga teras utama yang bakal disentuh ialah pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah bumiputera.

GPB juga berpendapat  disebalik pengumuman dasar kepada Bumiputra Sabtu  ini juga  membuktikan Perdana Menteri amat memghargai sokongan majoriti pengundi Melayu & Bumiputra Sabah Sarawak   ketika PRU13 walaupun tsunami Cina cuba menumbangkan kerajaan BN .

Syabas  PM kerana tetap utuh  berada di landasan mempertahan Islam & hak  Melayu  serta Bumiputra .



KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pengerusi Jawatankuasa Agenda Ekonomi Bumiputera, Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Ghani Othman menyifatkan pelancaran inisiatif bagi meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini tepat pada masanya. Beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor menyifatkan inisiatif itu bakal meningkatkan bukan sahaja ekonomi orang Melayu khususnya malah ekonomi negara selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenal pada 1971 hingga 1990.

 Menurut beliau, selepas mencapai pertumbuhan begitu pesat dalam tempoh 20 tahun lalu, negara diuji dengan beberapa krisis kewangan antarabangsa yang menyaksikan ekonomi negara khususnya bumiputera terjejas. 

 "Disebabkan faktor pasaran negara terpaksa melonggarkan beberapa langkah pengukuhan terhadap ekonomi bumiputera sekali gus menjadikan ekonomi bumiputera terjejas sejak itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau mengulas pelancaran inisiatif-inisiatif terbaharu dalam memperkasa ekonomi orang Melayu dan bumiputera yang akan dilancarkan Najib, Sabtu ini. 

 Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, inisiatif itu merangkumi pelbagai sektor utama ekonomi antaranya membasmi kemiskinan, pelaburan, pemilikan ekuiti dan hartanah, penyertaan dalam sektor swasta serta pembangunan modal insan. 

 Abdul Ghani yang juga Pengerusi Sime Darby Berhad berkata, sekiranya langkah pengukuhan ekonomi bumiputera tidak dilakukan sekarang akan memberi kesan kepada ekonomi negara untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. 

 Menurut beliau, langkah itu perlu dilakukan secara inklusif bagi 40 peratus golongan berpendapatan rendah yang majoritinya merupakan bumiputera.

 "Walaupun kadar kemiskinan dalam negara sudah berkurangan sehingga dua peratus ketika ini, namun bumiputera di Sabah dan Sarawak masih mencatatkan tahap kadar kemiskinan tertinggi dan ini adalah antara sebab mengapa langkah meningkatkan penglibatan bumiputera dalam ekonomi perlu dilakukan,"


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.