HOT ! SEBAB WAJAH ANWAR BENGKAK TERBONGKAR !!

on Thursday, September 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Penampilan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini yang kelihatan lesu adalah disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya.
Sumber memberitahu The Star bahawa Ketua Pembangkang itu tidak menjalani sebarang pembedahan seperti yang dilaporkan oleh media.
Sebuah portal berita melaporkan Anwar tidak sihat kerana mata dan pipi beliau kelihatan bengkak dan terdapat kesan jahitan di bawah telinganya.
"Tidak, tiada sebarang kesan jahitan. Dia hanya alah kepada beberapa ubat tetapi beliau kini semakin sihat," kata sumber.
Anwar kelihatan ceria apabila menghadiri permohonan pendengaran rayuan kes liwat di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Selasa.
Bagaimanapun, beliau memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan kesan bengkak di atas pipi kanannya.
Dalam perkembangan lain, sumber turut memberitahu Anwar akan bertemu Pope Francis I di Rome pada hujung bulan ini.
Difahamkan pertemuan itu adalah sebahagian daripada dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Rome.



**


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.