Penduduk Batuk Kawan marah kesesakan teruk kerana himpunan haram Anwar !

on Monday, May 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments





 Perhimpunan haram anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Batu Kawan di sini malam tadi menyebabkan kesesakan trafik teruk dari petang semalam sehingga kira-kira 3 pagi ini.

Kesesakan teruk sehingga 10 kilometer itu berlaku berikutan peserta perhimpunan meletakkan kenderaan sesuka hati dan keadaan diburukkan lagi apabila penganjur gagal menyuraikan trafik kerana hanya terdapat satu laluan untuk masuk dan keluar dari kawasan stadium itu.

 Seorang daripada penduduk di sebuah taman perumahan di Batu Kawan, Mohd Zaidi Ibrahim, 45, berkata beliau sekeluarga yang pulang daripada membeli-belah di Seberang Jaya sangkut dalam kesesakan itu lebih empat jam.

 "Tindakan penganjur mengadakan perhimpunan di sini menyusahkan orang ramai dan penduduk Batu Kawan, mereka langsung tidak peduli keadaan lalu lintas dan hanya membiarkan peserta meletakkan kenderaan sesuka hati.

"Ada juga peserta yang meletakkan kenderaan mereka di tengah jalan raya dan itu memburukkan keadaan. Kami penduduk di sini sangat kecewa kerana perhimpunan berkenaan menyusahkan orang ramai," katanya kepada Bernama di sini, awal pagi ini.

Perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 itu dihadiri pemimpin pakatan, antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Bagaimanapun, perhimpunan itu tidak menyaksikan kehadiran pasukan polis beruniform termasuk unit trafik.

 Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dilihat begitu terdesak apabila terus menghasut rakyat untuk menyertai perhimpunan pakatan yang akan diadakan di seluruh negara. Beliau juga dilihat menanam sentimen kebencian apabila mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil. - BERNAMA


9 Responses

  1. Anonymous says:

    dari segi tanggungjawab.., Anwar hanyalah seorang wakil rakyat dari Permatang Pauh.

  2. Anonymous says:

    alaah.. jgn heran sgtlah dgn penipuan penduduk Batu KAwan.. toksh duk percayalah.. Batu Kawan tu kwsn TOTOK CINA DAP laknatullah.. mampos pi lah nk sesak pun.. mereka mcm totok PAS kelantan jugak.. minum najis pun xpe jnji dr puak mereka

  3. norm says:

    padan muka org situ yg undi PR krn tersepit dlm kesesakan...dan...bersabarlah pada org situ yg undi BN krn kebodohan pengundi PR.

  4. Anonymous says:

    moga diturunkan bala

  5. Anonymous says:

    anwar pencetus huru hara sejak dalam abim. malaysia lebih aman tanpa pembohong bersiri anwar ibrahim

  6. Anonymous says:

    Buang masa .... Dia xpa duit dari yahudi banyak lagi.... Sial betul pemba gkang ni. Tak boleh terima kekalahan.

  7. Anonymous says:

    rase la sorang sikit angin meroyan puak2 pembanggang nih...abg2 polis jgn xyah pedulik...lantak leer...kalau lepas subuh pon ada anwar kisah..ada guan eng kesahhh...ubah! ubah! ubah!

  8. Anonymous says:

    terima jer laaaa kekalahan...
    habiss jer round satu Tanah Melayu peh tu gerenti guna wheelchair punya..kenapa? tak pecaya? kahh kahhh

  9. Anonymous says:

    Hehehhe ....takut ada yg tersembam la gi

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.