Hot ! Ranting PKR bubar lagi di P.Pinang pasal YB lari dari rakyat !!

on Thursday, May 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





PKR lumpuh lagi di P.Pinang ..INI KALI di Ranting Sg Pinang di mana 100 ahli isytihar  keluar parti . Sebabnya YB PKR mereka ini  tidak menjalankan tugas  seperti dijanjikan , sebaliknya cuba melarikan diri lagi  dari bertemu rakyat yang ingin menyuarakan masalah .

Apakah peristiwa ini  akan berulang lagi  jika kita masih lagi mentabalkan  Dr Norlela calon  Penanti & Dr Afif Bahardin calon Seberang Jaya  sebagai wakil rakyat PKR di kawasan ini ?




Dr Afif calon muda yang  tiada pengalaman mentadbir & berkhidmat dengan rakyat  begitu juga  Dr Norlela yang tinggal di Kuala Lumpuri tiba-tiba mahu jadi wakil rakyat di sini




PULAU PINANG 2 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Sungai Pinang menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian Ahad ini apabila 100 ahlinya bertindak keluar daripada parti malam tadi. Wakil kumpulan berkenaan, Helmi Baharudin, 27, berkata, dia dan rakan-rakan kecewa kerana PKR tidak menjalankan tanggungjawab membantu rakyat seperti yang dijanjikan.

 "Selama empat tahun menjadi penyokong PKR, kami tidak dapat apa-apa kerana sikap pemimpin mereka yang mengelak jika kami ingin bertemu dan menyuarakan masalah.

 "Jika begini keadaannya, apa lagi yang boleh rakyat harapkan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian menyertai Barisan Nasional (BN) kepada calon BN kerusi Parlimen Jelutong, Ng Fook On. - UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.