Yasser Arafat sebenarnya diracun oleh Yahudi laknat ?

on Thursday, July 5, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004 dipercayai berpunca daripada racun polonium-210, menurut laporan makmal di Switzerland dan disiarkan oleh Al-Jazeera, kelmarin. Ketua Institut Radiasi Fizik, Francois Bochud berkata, kajian itu dijalankan ke atas beberapa sampel biologi yang diperoleh daripada Suha, balu Allahyarham.

 "Apa yang boleh kami rumuskan adalah hampir keseluruhan sampel yang diberikan itu mempunyai kesan polonium-210 (bahan radioaktif semula jadi membebaskan sinaran alfa berbahaya pada tahap sangat tinggi," jelasnya.

 Menurutnya, jika Suha mahu mendapatkan pengesahan lanjut, mereka perlu menggali semula kubur Allahyarham untuk memperoleh sampel bagi melakukan penyelidikan lebih terperinci. Difahamkan, jenis racun sama turut digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko pada 2006. Penerima Hadiah Nobel Keamanan tersebut menghembuskan nafas terakhir pada umur 75 tahun pada 11 November 2004 selepas beberapa minggu dirawat di sebuah hospital di Perancis.

 Doktor yang merawat Allahyarham pada masa itu turut gagal mengesan punca kematiannya. Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin pernah mengesyaki pemimpin tersebut diracun oleh rejim Zionis, namun ia tidak disahkan secara rasmi.

 Kematian misteri bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tersebut mula diperkatakan semula selepas rundingan damai bersama Israel masih gagal mencapai sebarang persetujuan berikutan sering kali tertangguh akibat helah rejim Zionis.

Komen GPB 

cerita bab racun ni ...kalau nak kait la dengan Malaysia ...ada seorang pemimpin politik yang kebal dari racun walaupun dia sendiri mendakwa diracun . Tidak tidak bukan Anwar Ibrahim pelakon terbaik Malaysia.

Dia mendakwa diracun Arsenik tetapi sampai sekarang sihat je dan boleh pergi masuk luar negara lagi ..

Itu lah hebatnya pemimpin politik Malaysia ..racun pun tak boleh makan ..hahaha

nak tahu kisah konspirasi pembohongan arsenik..KLIK DI SINI 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.