GPB tak tahu apa masalahnya dengan tema Hari Kebangsaan " 55 tahun Merdeka Janji Ditetapi " yang membuat juak-juak Pakatan sertai pencacainya meroyan .
Bagi GPB , suka hati kerajaan la nak letak tema apa pun , awat pembangkang dok sibuk sangat !! Siapa sebenarnya yang menjadi kerajaan sekarang ???
Mereka kata tema ini berunsur politik , di mana yang politiknya ?? ada tulis nama BN ke wahai juak-juak pembangkang ??
Yang politiknya bila janji bulan dan bintang yang ditabur oleh pembangkang tidak ditepati . Bila tema Janji Ditepati ini dijadikan tema , meroyan la puak-puak sebab betul-betul kena kat muka depa ..haha...itu yang depa marah sangat ..
Janji 16 Sept , Kg Buah Pala , hapus tol sg nyior , janji hapus kilang arak dan lain-lain ini ..semua ini menunjukkan pembangkang tidak menepati janji yang ditabur mereka kepada rakyat .
Hakikatnya, ‘janji ditepati’ adalah slogan kerajaan, bukan UMNO dan bukan BN. Ia merupakan satu kenyataan terhadap komitmen kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Dan komitmen ini telah membuahkan hasil di mana rakyat dapat menikmatinya. Seharusnya semua rakyat meraikan tema ini dan bukannya fobia dengannya.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tempoh seminggu diberikan kepada kerajaan untuk menukar tema Hari Kebangsaan yang lebih inklusif.
"Jika kerajaan tidak mengendahkan desakan ini, Pakatan Rakyat sendiri akan mencadangkan tema lain yang lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk Hari Kemerdekaan," kata Mustafa semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini.