Pakatan dicabar bentang perancangan bangunkan orang Melayu @tunfaisal

on Tuesday, July 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz mencabar Pakatan Rakyat agar membentangkan perancangan atau program yang akan dilaksanakan gabungan tiga parti komponen itu untuk membangunkan orang Melayu sekiranya berhasrat mengambil alih pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

 Tegas Tun Faisal, kepentingan dan kedudukan orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan, lebih-lebih lagi, Pakatan yang dianggotai PAS-PKR-DAP tidak pernah membentangkan sebarang perancangan untuk pembangunan orang Melayu, yang merupakan kaum terbesar.

 "Dalam konteks ini pada saya bukan soal batang tubuh Melayu itu tapi soal polisi yang hendak dipertahankan dan dikeluarkan, kalau betul pembangkang ada polisi untuk bangunkan orang Melayu, di mana polisi ini? 

"Adakah polisi ini jauh sangat berbeza dengan apa yang kita ada? Ini yang perlu kita soal kepada pakatan pembangkang. "PAS misalnya kata tidak gila kuasa, kalau gila kuasa tentu bergabung dengan Umno maka terbentuk satu kuasa Melayu.

 Maksudnya PAS buat keputusan untuk bergabung dengan DAP dan PKR dalam keadaan yang merugikan mereka...mereka tidak dapat apa-apa, lagi teruk," katanya pada program Diskusi Meja Bulat "Melayu Pasca PRU 13?" anjuran Antarapos.

 Selain Tun Faisal, turut menjadi ahli panel untuk program ini adalah Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid Abdul Samad. Menurut Tun Faisal, perjanjian pengisytiharan dibuat Pakatan boleh menimbulkan pelbagai keraguan dan persoalan terutamanya tentang alasan parti-parti tersebut untuk menjalinkan kerjasama politik.

 "Akhinya bila PAS buat perjanjian yang merugikan mereka, kalau katalah ada wakil dalam Parlimen yang batang tubuhnya Melayu, pegangannya belum tentu Islam, dasar yang dibawa mungkin sosialis, bentuk macam manakah dasar yang akan dibawa dalam Parlimen?

 "Ini kita kena persoalkan kepada PAS dan PKR, mungkin dia nak bawa dasar Islam tapi kalau didominasi dengan orang yang bawa dasar sosialis di mana pertemuan dalam Parlimen nanti," katanya. Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang tempoh tiga tahun pentadbirannya telah membawa pelbagai program transformasi untuk meringankan beban rakyat. Antaranya, dengan penubuhan 50 Klinik Rakyat 1Malaysia dengan kos RM10 juta.

 Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Pakatan seolah-olah membayangkan keyakinan mereka namun keadaan sebenar adalah sebaliknya.

 "Kalau dalam pakatan pembangkang dia punya cerita di atas kertas nampak menyakinkan tapi sebenarnya bila lihat pemimpin seorang demi seorang nampak tidak menyakinkan dan pemimpin dalam Pakatan ada masalah moral yang tersendiri.

 "Yang kedua kita dalam kerajaan BN apa yang dilakukan selain 50 tahun itu adalah kebajikan secara menyeluruh sebab itu dalam rakyat Malaysia kita lihat pembangunannya nampak setara, ada negara-negara yang merdeka lebih awal tidak mencapai kemajuan seperti kita," katanya. Beliau menambah pelan transformasi yang dilaksanakan pentabiran Najib telah memberikan kesan positif terhadap perubahan yang ingin dibawa parti pemerintah itu.

 "Transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib dirasa sampai ke bawah, macam sekarang bermula dengan Umno sendiri, NKRA terhadap rasuah ini antara perkara yang menunjukkan kerajaan komited untuk mengambil tindakan terhadap pesalah kes rasuah.

 "Ini menunjukkan BN berubah dan kita punya masalah sekarang adalah menguruskan kejayaan-kejayaan kita sebab dalam kejayaan ada individu yang tamak, individu yang melanggar peraturan tapi secara keseluruhanya kita berjaya," katanya.ANTARA POS


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.