Pemuda Umno mahu kerajaan menyediakan dana dan menanggung kos operasi perkhidmatan satu peratus yang kini ditanggung oleh pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan wajar memperuntukkan RM65 hingga RM70 bilion untuk menampung kos berkenaan kerana langkah itu dilihat menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah yang timbul kebelakangan ini terutamanya isu pembayaran balik oleh peminjam yang dikatakan membebankan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas 11 cadangan resolusi Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
“Dengan penghapusan kos operasi satu peratus itu, secara tidak langsung peminjam hanya membayar balik jumlah asas yang dipinjam sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, Khairy turut melihat sudah tiba masanya PTPTN memperkenalkan skim gaji minimum bagi menstrukturkan semula kaedah pembayaran balik pinjaman.
Katanya, mereka yang berpendapatan lebih RM3,000 dilihat mampu membuat bayaran semula kerana boleh diklasifikasikan berada dalam keadaan tempoh kelegaan dan mempunyai ekonomi yg selesa.
“Graduan yang sudah bekerja kini juga terpaksa menanggung pinjaman kereta, sewa rumah dan keperluan asa yang lain.
“Ada graduan yang selepas tamat pengajian terus bekerja tetapi tidak semua daripada mereka mendapat bayaran gaji setimpal dengan kelulusan. Ada yang bekerja sebagai kerani walaupun mempunyai ijazah, sudah tentu gaji yang diperoleh tidak mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman,” katanya.
Sementara itu, kaedah menyenarai hitam peminjam juga wajar dihapuskan dan satu mekanisme lain perlu digunakan untuk menjejaki peminjam yang ingkar.
Sehubungan itu, Khairy menawarkan untuk membantu PTPTN mengenal pasti dan menyemak peminjam melalui pangkalan data Pemuda Umno yang mempunyai 700,000 ahli.
Katanya, langkah itu diambil bukan untuk memaksa mereka membayar balik pinjaman tetapi lebih kepada memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk melunaskan hutan dan jika mereka menghadapi masalah membuat bayaran balik, pihaknya akan membantu mengikut kemampuan.
Tambah belia, selain ahli Pemuda Umno, ahli Umno yang seramai 3.3 juta orang itu juga akan disemak bagi membantu PTPTN mengenal pasti lokasi atau alamat terkini mereka yang ingkar membuat bayaran balik pinjaman.
Turut disentuh dalam resolusi terbabit ialah cadangan supaya pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke Semenanjung serta sebaliknya hendaklah ditambah bagi meliputi harga tiket penerbangan dua kali setahun.
Ujar Khairy, jika sebelum ini, jumlah pinjaman yang diterima pelajar berkenaan hanya merangkumi kos pengajian dan mereka terpaksa tiada alternatif untuk pulang ke kampung halaman.
dulu masa pak lah aku meme tak leh blah dgn mangkok ni tapi bila najib naik jd pm mangkok ni mencipta nama dgn mendadak dgn idea yg menyenangkan rakyat dan kadang2 menyakat anwar jubur di parlimen...
tahniah...
teruskan berusaha untuk mengembalikan maruah anda dan bukakan mata rakyat dgn kehebatan ko sebagai ketua yg pandai dan bukan ko naik sebab ko menantu pak lah kaki dengkur...
marah kat bapak mertua ko takkan hilang sebab pak mertua hang pelingkup umno...
pejuang hamas...
Syabas Khairy...
luar biasa.. terbaek khairy
yang nie aku sokong khairy.walaupun sblum aku x bpa suke sgt die.nice idea by khairy
dulu masa pak lah aku meme tak leh blah dgn mangkok ni tapi bila najib naik jd pm mangkok ni mencipta nama dgn mendadak dgn idea yg menyenangkan rakyat dan kadang2 menyakat anwar jubur di parlimen...
tahniah...
teruskan berusaha untuk mengembalikan maruah anda dan bukakan mata rakyat dgn kehebatan ko sebagai ketua yg pandai dan bukan ko naik sebab ko menantu pak lah kaki dengkur...
marah kat bapak mertua ko takkan hilang sebab pak mertua hang pelingkup umno...
pejuang hamas...
Reply: Komen hang aku setuju. Pak Mentua Hang Pelingkup UMNO.Zaman die je teruk ckit pemerintahan
Inilah pendekar Melayu. Your patriotism shown and your intelligence cannot be denied. My heart melt with your charisma and your spirit. You are one in a million!!!! Hidup KJ...