Sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja.
Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.
Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya. Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu.
Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007.
Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010.
Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.
“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.
Pasangan pengantin, kedua-dua peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.
kisah mereka boleh dilayari di sini -> http://www.news.com.au/national/nicholas-rudd-marries-zara-shafruddin-at-st-james-church-in-sydney/story-e6frfkvr-1226326755787
sumber : mynews hub
Komen GPB
Puak-puak Kristianisasi yang dok murtadkan orang Islam sekarang ini mahu Malaysia macam ini lah ... hak kebebasan mutlak hingga gadis Melayu Muslim pun boleh kahwin lelaki kristian di gereja .
Gadis Melayu bernama Zara ini memang sudah tentu sah murtad kerana berkahwin dengan lelaki Kristian mengikut agama nya . Sekarang in perkahwinan seperti ini tak dibenarkan di Malaysia dan itu yang mereka nak cuba hapuskan dulu menerusi tuntutan IFC .
Orang PAS terutama Dr Rani yang anggap murtad tak penting adakah akan sokong perbuatan ini ??
bapa mertua Zara beragama Kristian ...