Mufti Selangor dedahkan golongan LGBT dalang pusat urutgay !

on Monday, April 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kewujudan pusat urut dan spa khusus untuk memuaskan nafsu golongan songsang perlu ditangani segera dengan serius oleh semua pihak.

Mufti Selangor, Datuk Seri Utama Diraja Mohamad Tamyes Abd Wahid berkata, kewujudan pusat sebegitu dipercayai didalangi kumpulan yang mengamalkan lesbian, gay, bisekual dan transgender (LGBT).

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkaitan segera menghalang kegiatan golongan itu sebelum mereka selesa mengamalkannya secara terbuka di khalayak umum.

“Saya percaya LGBT berkait rapat dengan kewujudan pusat sebegini yang kian bertambah di Kuala Lumpur mahupun Selangor.

“Saya khuatir, membiarkan gejala itu tanpa usaha membanteras pengusaha mendirikan pusat urut gay itu bakal memberi kesan negatif terhadap struktur sosial negara.

“Malah, tindakan mereka yang seolah-olah berusaha membuka mata pihak luar untuk menerima gaya hidup liberal sebenarnya tidak relevan meskipun mereka menuntut atas lesen hak kemanusiaan,” katanya.

Tukar Urut lelaki terkejut tempat diserbu 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.