Guan Eng terkedu rakyat Nibong Tebal dapat hadiah dari Najib !

on Monday, April 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM8.5 juta untuk projek pembangunan di kawasan Parlimen Nibong Tebal demi memastikan keselesaan dan kemudahan untuk penduduk di kawasan itu.

 Perdana Menteri berkata kerajaan BN akan buat yang terbaik untuk membantu dan memberi kemudahan kepada rakyat. "Rakyat mesti kita bela, mesti kita dahulukan," katanya dalam ucapan pada majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Kampung Simpang Tiga, Sungai Acheh di Nibong Tebal hari ini yang dihadiri kira-kira 20,000 orang.

 Peruntukan itu bagi pembinaan sebuah dewan orang ramai bernilai RM3 juta, mengecat semula pangsapuri (RM2 juta), membaik pulih rumah di perkampungan kaum India dan perkampungan Cina (RM2 juta) dan membina semula Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Amin (RM1.5 juta). Najib berkata BN merupakan sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan dan membela rakyat bagi memastikan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup selesa dan harmoni.

 "Kerajaan BN adalah kerajaan yang konsisten, saya tidak kata kita sempurna dalam segala-galanya, kita juga ada kelemahan tetapi kecil, bagaimanapun jasa kita sejak dulu lagi terlalu banyak membawa kepada perubahan kepada landskap setiap keluarga di Malaysia," katanya. Beliau berkata dasar dan prinsip perjuangan BN adalah berlaku adil terhadap semua kaum.

 Selain itu, Perdana menteri berkata beberapa perancangan pembangunan juga sedang dirangka bagi Malaysia mencapai ststus negara maju di masa hadapan dan satunya daripada perancangan itu adalah menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pembangunan pertumbuhan ekonomi negara.

 "Dalam perancangan baru, kita lihat bandar-bandar besar adalah nadi pertumbuhan ekonomi negara, ada tiga pusat lain termasuk Pulau Pinang yang akan dijadikan hab pembangunan negara.

 "Kita akan masukkan ini dalam manifesto BN (bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang), janji kita Pulau Pinang akan jadi satu lagi hab utama negara dengan beberapa perancangan yang akan dihuraikan nanti," katanya. Dalam pada itu, Najib turut menjawab tohmahan pengkritik politik yang mengatakan BN tidak berubah:"BN sanggup lakukan perubahan dan kita mampu untuk berubah". - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.