Ingatkan borang syurga je ada, borang ke neraka sedia untuk dijual !!

on Thursday, April 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments








 Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.

Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.


Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.


3 Responses

  1. mat din says:

    Ohh manusia! yang satu itu tumbal iblis.Yang satu lagi tu denak syaitan.Pilihan masih ada untuk kalian keluar dari jebak dua jalan ini.Jusreru cari lah jalan yg lurus,yg telah diberi pertunjuk terhadap orang yg terdahulu itu

  2. Anonymous says:

    Yg satu tumbal iblis.Yg satu lagi tu denak syaitan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.