KEMAS akan dibubarkan jika pembangkang menang PRU 13 ?

on Friday, January 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak mustahil akan dirombak atau dibubarkan sekiranya parti pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, beliau tidak hairan jika perkara itu berlaku kerana Kemas selama ini berperanan membantu golongan masyarakat luar bandar khasnya orang Melayu.

Jika ia berlaku, katanya, peranan Kemas sejak 50 tahun lalu terutama dalam meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya boleh berdikari, sekali gus meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan dan ekonomi akan terhenti.

"Jika pembangkang mendapat kuasa untuk mentadbir negara, di antara yang mungkin dirombak atau dihapuskan adalah Kemas apatah lagi agenda pengisiannya adalah kontrak sosial.

"Tambahan pula, ada satu parti di dalam pakatan pembangkang yang sejak penubuhannya menuntut hak sama rata melalui konsep Malaysian Malaysia yang nyata bertentangan dengan kontrak sosial yang mengiktiraf hak istimewa orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 50 Tahun Kemas di sini semalam.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pengarah Kemas, Hassan Mohd. Amin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.

Lebih 1,500 warga Kemas Johor berhimpun bagi meraikan ulang tahun berkenaan di samping bertemu para pemimpin masyarakat yang hadir.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, anggota Kemas harus sedar cabaran besar yang perlu mereka hadapi terutama dalam menghadapi perpecahan orang Melayu.

"Ayuh warga Kemas, kita kukuhkan perpaduan orang Melayu, kita bersatu padu untuk membentuk perpaduan dan jangan sesekali berpecah demi masa depan bersama.

"Kalau kita berterusan berpecah dan bertelagah, ia akan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus menyebarkan ideologi mereka dan menabur janji-janji manis mereka," katanya.

Abdul Ghani turut mengingatkan semua pengundi supaya sejarah pilihan raya 2008 yang menyaksikan beberapa negeri berjaya ditawan parti pembangkang, tidak berulang lagi.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    bukan setakat KEMAS aje..semua MARA, Felda semua GLC akan diambil alih dan di taroh penyokong dia ..Habis lah kita di perok perandakan...dah jadi macam tu orang Melayu jgn menyesal

  2. Anonymous says:

    Mungkin juga Tabung Haji ( banyak kemudahan di bantu kerajaan ) Pusat Pungutan Zakat apa-apa saja yg berkaitan Melayu / Islam ....

  3. Anonymous says:

    BAGAIMANA PULA DENGAN JASA?

    JASA PERANANNYA ADALAH UNTUK PERTAHANKAN ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN, MENJAGA HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH SARAWAK, MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU SERTA PERLEMBAGAAN NEGARA.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.