Penyokong DAP marah polis tahan amoi GRO China Doll !!

on Monday, January 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Polis Pulau Pinang menahan lapan wanita warga China berumur dalam lingkungan 20-an yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan, Jalan Kedah dekat sini,
semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata berdasarkan maklumat awam dan risikan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut turut menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai berperanan sebagai pelindung kepada wanita terbabit.

"Siasatan awal mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial. Hasil siasatan polis juga mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen hiburan awam," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Katanya dalam serbuan itu polis turut menahan seorang pengunjung lelaki berusia 43 tahun yang mengeluarkan kata-kata kesat kerana berang dengan tindakan polis menahan wanita terbabit dan dibebaskan selepas diambil keterangan.

Kesemua tahanan dibawa ke IPD Timur Laut bagi membantu siasatan. Katanya lelaki berumur 36 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 59/63 dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM5,000 danmaksimum RM30,000 bagi setiap pendatang atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, kesemua wanita warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Peraturan-peraturan Imigresen 59/63 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan dan denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.