Jom lihat PKR berbelit jawab Anwar sokong homoseksual

on Wednesday, January 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan meliwat minggu lalu menegaskan beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim berkata, bagaimanapun Anwar berpendirian bahawa undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim, malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," katanya.

Oleh itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, beliau ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

"Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam."Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian," katanya lagi.

Kata beliau, susulan pembebasan Anwar minggu lalu, media yang dikongkong Umno terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang Muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Beberapa hari kebelakangan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.

"Fitnah yang dipintal media Umno seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya dalam satu wawancara BBC," katanya.

Tambah beliau, sekiranya diteliti jawapan Anwar itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.

"Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan," katanya lagi.



3 Responses

  1. Anonymous says:

    Hahaha..Pengerusi Biro Pemahaman.. pelik jawatan ni. Aku rasa pengerusi ni kena blik dulu belajar pemahaman karangan. Pastu pasang ucapan anwar kat home theater kuat2 bagi paham betul2. Tak paham tui aku..

  2. Anonymous says:

    dato seri anwar please help us. kami dari golongan dua alam meminta jasabaik untukmelupuskan undang-undang jumud anti meliwat. Dimanakah hak kami sebenarnya? tologn wujudkan hak kebebasan seks songsang dimalaysia. dimanakah hak kami dato seri anwar? hidup dato seri..hidup LGBT.

  3. Anonymous says:

    kantoi lagi kaaa? Kami tengok sendiri ko jawab kat BBC kat video tulen memang 100% dan bukan 99.9% tu memang ko la nuar. ko sendiri pegi mumbai buat taik kat sana jangan nak salahkan org lain . Eskay tak ikut china doll pon tak ikut. Dah tu majalah The Economist terbukti kutuk ko hidup hidup takkan nak salahkan najib jugak. kalo ko berak kat seluar ko basuh sendiri ahh.. lainla ada anak ikan nak basuhkan. dah la tu WOlfowitz ke NED ke dah anggap ko tak releven lagiii..menyusahkan diorang asik kantoi sana sini

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.