Azmin Ali gembira PAS pecat Hassan Ali

on Sunday, January 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.


Komen GPB

Pas nampaknya menurut arahan Azmin Ali yang mengarahkan tindakan diambil terhadap Hassan Ali.

Berita ini pasti mengembirakan Anwar Ibrahim dan Dap yang memang tak suka Hassan Ali berada dalam Pas.

Apakah reaksi penyokong Hassan Ali, ? Adakah jawatan Exco di dalam kerajaan Selangor juga terlucut secara automatik?


One Response

  1. Anonymous says:

    PAS terpaksa ikut arahan PKR kerana tak ada duit. PAS perlukan PKR dan DAP untuk pembiaian PEU13. Ini adalah kenyataan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.