Malaysia duduki tangga ke 17 senarai negara ekonomi terbaik dunia

on Tuesday, November 8, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Ekonomi Malaysia mendapat pengiktirafan mencapai prestasi baik menduduki senarai ke-17 daripada 110 negara seluruh dunia berdasarkan laporan terkini Indeks Kemakmuran Legatum 2011, Institut Legatum berpangkalan di London.

Dalam subindeks itu, laporan badan bebas bukan partisan itu menyatakan kepercayaan orang ramai kekal tinggi dengan 87 peratus melahirkan keyakinan terhadap sektor kewangan Malaysia.

Malah bersama Indonesia (menduduki tangga ke-44 dalam subindeks Ekonomi), Malaysia disebut sebagai model kemakmuran ekonomi kepada negara Arab yang bergolak apabila kejayaan ekonomi negara sebahagian besarnya sumbangan perindustrian berpacu eksport dengan didorong pelaburan langsung asing (FDI), selain kadar pengangguran rendah.

“Malaysia mempunyai kadar inflasi 0.58 peratus serta kadar tabungan dalam negara kasar yang tinggi, iaitu 36 peratus, sekali gus menunjukkan ekonomi yang stabil dan berkembang.

“Penduduknya mempunyai akses tinggi kepada makanan dan kediaman mampu milik (data diambil dari Gallup World Poll), meletakkan Malaysia di tangga ke-42 pada peringkat dunia (dalam kalangan 110 negara Indeks Kemakmuran) dalam pembolehubah ini.

“Pertumbuhan perkapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat purata 2.3 peratus setahun dari 2005 hingga 2009, menunjukkan pertumbuhan yang tetap dan menyumbang kepada penilaian subjektif yang positif terhadap ekonomi negara.

“(Data diambil dari Gallup World Poll) kira-kira 71 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan standard kehidupan mereka, 53 peratus percaya pasaran kerjaya adalah positif dan kebanyakannya optimis mengenai ekonomi negara,” menurut laporan itu.

Ekonomi antara satu daripada lapan subindeks diambil kira dalam Indeks Kemakmuran Legatum 2011 yang secara keseluruhannya menyaksikan Malaysia mengekalkan kedudukan tahun lalu di tangga ke-43 dalam senarai 110 negara itu yang mewakili kira-kira 93 peratus penduduk dunia dan 97 peratus KDNK global.

Pada peringkat rantau Asia Pasifik pula berdasarkan laporan sama, Malaysia menduduki tangga kelapan. Negara yang menduduki 10 tangga teratas dalam Indeks Kemakmuran Legatum 2011 ialah Norway, diikuti Denmark, Australia, New Zealand, Sweden, Kanada, Finland, Switzerland, Belanda dan Amerika Syarikat.

Singapura yang berada di tangga ke-16, satu-satunya negara ASEAN yang mengatasi Malaysia dalam penarafan kemakmuran antarabangsa itu, manakala Indonesia pada kedudukan ke-70.

Bagi tujuh subindeks lain dalam Indeks Kemakmuran itu, Malaysia menduduki tangga ke-35 bagi Tadbir Urus, Keusahawanan dan Peluang (36), Pendidikan (46), Kesihatan (46), Keselamatan dan Sekuriti (53), Modal Sosial (75) dan Kebebasan Peribadi (96).

Komen GPB 

Pakatan Rakyat  tentu malu besar  sekali bila   ekonomi Malaysia ditadbir kerajaan BN diiktiraf dunia dan menduduki tangga ke 17 daripada 110 buah negara.

Mereka sibuk dok bercakap kerajaan banyak hutang tetapi  lupa yang ekonomi negara cukup   stabil & KDNK setiap  tahun meningkat .

Tak perlu pilih kerajaan langit yang janji bulan bintang , tetapi kerajaan BN yang sediaada telah buktikan !


One Response

  1. Unknown says:

    Congrate to Malaysia..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.