Parkir kereta jadi tempat melampiaskan hajat , Kerajaan Selangor buat apa ?

on Friday, November 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Persekitarannya yang sunyi tanpa pengunjung, terutama pada hari bekerja, menjadikan kawasan tempat letak kereta bertingkat di atas sebuah pasar raya besar di Seksyen 7, di sini, sebagai sasaran remaja untuk melampiaskan nafsu bersama pasangan.

Tinjauan Sentral pada lewat malam mendapati, beberapa kereta diletakkan berjauhan bagi mengelakkan perbuatan maksiat mereka dihidu oleh orang awam.

Sentral turut dimaklumkan, kawasan tempat letak kereta itu menjadi sarang maksiat berikutan tiada pengawasan pihak berkuasa di tempat itu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, berkata kegiatan remaja yang sebahagiannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Katanya, kawasan itu menjadi pilihan pelajar kerana ia lebih dekat untuk ke kuliah.

"Ramai pelajar menjadikan kawasan tempat letak kereta itu tempat melepaskan rindu dan akibat tiada pengawasan serta kawalan, mereka tidak takut dan menjadikan aktiviti itu sebagai sesuatu yang biasa.

"Mereka bukan saja melakukannya pada lewat malam, waktu siang pun selalu ada," katanya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali turut menyarankan supaya kegiatan pelajar tidak bermoral itu dibongkar.

Dia yang membuka perniagaan alat tulis di kawasan itu berkata, sehingga kini, tiada mana-mana pihak menggempur kawasan maksiat itu yang tidak lagi menjadi rahsia bagi sesetengah penduduk di sini.

"Saya sedih kerana ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak, tetapi mereka melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan sendiri tanpa berfikir kesan bakal dihadapi," katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Isu Panas : http://www.nasilemakpedas.blogspot.com/

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.