Dari Gelora Bung Karno ke LCCT, rakyat sambut kepulangan wira negara !

on Tuesday, November 22, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



SEPANG – Mynewshub.my telah berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) seawal jam 3.00 pagi tadi bagi menunggu kepulangan Skuad Harimau Muda yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, semalam.

Setibanya di lapangan terbang berkenaan, dianggarkan lebih seribu penyokong dan peminat bola sepak tanahair sudah berkumpul di situ bagi meraikan wira-wira muda yang berjaya memalukan Skuad Garuda dua kali di tempat sendiri.

Sorakan dan nyanyian semangat tidak putus-putus dinyanyikan, diiringi paluan gendang yang menunjukkan kebanggaan yang tidak terkata sambil menunggu kepulangan anak-anak muda yang bakal menentukan masa depan sukan bola sepak negara.

Bagaimanapun, kami terpaksa menunggu sehingga jam 8 pagi ini untuk bertemu dengan mereka yang tiba dengan wajah ceria meskipun keletihan setelah berjuang bermati-matian demi memartabatkan nama Malaysia sebagai antara pasukan bola sepak yang perlu digeruni pasukan lawan.

Diketuai oleh Pengurus pasukan Harimau Muda, Datuk Hamidin Mohd Amin, yang diiringi jurulatih pasukan, Ong Kim Swee, mereka melangkah keluar dari balai ketibaan LCCT dengan disambut sorakan dan jeritan kegembiraan ribuan penyokong yang menanti lebih enam jam di situ.

Hamidin menjelaskan bahawa kepulangan mereka agak lewat dari waktu yang dijadualkan ekoran terpaksa menaiki ‘barracuda’ untuk kembali ke hotel penginapan sebelum bergegas ke lapangan terbang untuk kembali ke tanahair.

Ekoran layanan yang sangat tidak memuaskan dan kesukaran yang dihadapi oleh delegasi skuad Harimau Muda itu, beliau bercadang untuk membuat bantahan rasmi kepada pihak penganjur Sukan SEA, Indonesia.

Kim Swee pula menjelaskan bahawa beliau sangat yakin bahawa anak-anak didiknya itu mempunyai semangat yang kental untuk menghadapi tekanan dan provokasi melampau dari penyokong-penyokong negara jiran.

Beliau juga percaya bahawa kemenangan yang amat bermakna ini membuktikan bahawa skuad Harimau Muda mampu pergi lebih jauh selepas ini.

Bagi Ketua Pasukan Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar, yang menjadi wira menjaringkan gol penalti yang paling berharga dan dramatik semalam, beliau melahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan yakin bahawa rakan-rakan sepasukannya mampu menghadapi pelbagai rintangan lagi selepas ini.

Justeru itu, Mynewshub.my amat berbangga untuk berkongsi kegembiraan penyokong-penyokong skuads bola sepak tanahair yang menunggu selama lebih enam jam di LCCT untuk menemui sekawanan harimau yang telah membaham garuda semalam di gelanggang sendiri!




sumber : MYNEWSHUB


Kapten Malaysia antara yang beraksi cemerlang 


Pasukan negara terpaksa naik Barakuda selepas tamat perlawanan 




 Tanah Tumpah Darahku ...sanggup tunggu beberapa jam pun tak pa 

 GPB salute la Apek semalam beraksi ...





Lepas ini Ong akan dapat Datuk la sepertimana Rajagopal  


Selepas ini ada la artis mana yang nak himpit wira negara ini ...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.