UMNO Selangor bantu Sdr Bakri yang koma dilanggar Adun DAP

on Tuesday, February 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Selepas beberapa hari ini didesak oleh pelbagai pihak termasuk blogger kepada pemimpin UMNO di atas sana mengenai nasib pelajar Melayu Sdr Bakri yang terlantar di hospital kerana cedera parah dan koma selepas dilanggar oleh Adun DAP Selangor Ng Suee Lim , semalam UMNO Selangor hadir ke hospital melawat dan menghulurkan sumbangan .

UMNO Selangor menerusi Ketua Penerangannya Datuk Abd Shukur menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM 2000 kepada Bakri termasuk juga sumbangan RM 500 daripada Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor.Selain itu, UMNO Selangor juga berjanji akan memberi bantuan kepada Bakri bagi meringankan beban ditanggung keluarganya dan perkara ini akan diputuskan oleh perbincangan dengan PM Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi UMNO Negeri Selangor .


Syabas kepada UMNO Selangor di atas keprihatinan mengenai nasib yang menimpa Sdr Bakri ini . Nak harapkan kepada bantuan daripada kerajaan negeri Selangor , jika isu ini tidak membawa kepada kebaikan untuk mereka , jangan harap lah !!! Kes TBH dan Kugan mereka boleh lah support kerana isu ini dijadikan modal politik bagi mereka untuk hantam kerajaan balik .

Kepada semua pemimpin2 UMNO , jangan hanya melaungkan UMNO Juara Rakyat dengan membuat karnival sahaja , pergi la turun padang dan lihat masalah rakyat di kawasan masing -masing yang masih lagi memerlukan bantuan . Duit peruntukan itu ada semuanya masuk bahagian setiap bulan dan guna lah untuk membantu rakyat. Jangan dok cakap pulak tak ada peruntukan dan selepas itu senyap simpan .




One Response

  1. Anonymous says:

    Syabas YB Shukur. Sebagai ahli UMNO Selangor saya perhatikan YB kita ini selalu terkehadapan dalam memperjuangkan isu rakyat di Selangor. Mana dia yang lain? Yang paling mengeciwakan saya adalah ketua2 pemuda di Selangor? Apa dah jadi pemuda2 UMNO ini yang begitu bersemangat kata nak memperjuangkan bangsa dan agama semasa pemilihan tempoh hari? Kenapa bila dah menang dalam pemilihan jadi bisu dan lumpuh selumpuh lumpuhnya?

    Bila lagi saudara2 dari kalangan pemuda UMNO akan bangun? Jangan asyik nak kejar projek saja. Sedarlah adik2 ku kerana ahli2 UMNO yang lain sedang memerhatikan kamu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.