Tahniah Dr Zambry sebagai MB Perak yang sah !! 5 - 0

on Tuesday, February 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.

Mahkamah memutuskan Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah bertindak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin setelah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria.

Turut bersidang ialah Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Zambry bagaimanapun tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-10 di pejabat Perdana Menteri sempat memberi reaksi segeranya dengan menyuarakan rasa syukur atas keputusan berkenaan .

Dalam pada itu ketika ditemui media, Mohammad Nizar berkata, beliau menerima dan menghormati keputusan berkenaan.



Penyokong Zambry yang berdoa tanda kesyukuran selepas
diumumkan Dr Zambry kekal sebagai MB Perak yang sah .


penyokong Zambry berbaju kuning yang sedang menunggu keputusan
mahkamah dengan penuh sabar


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.