PKR ditalqinkan di Parlimen Sik

on Saturday, February 6, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



SIK 5 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini dilanda pelbagai kemelut dan krisis sekali lagi menerima tamparan apabila lebih 200 ahli daripada kalangan generasi muda Bahagian Sik mengisytihar keluar parti itu, hari ini.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan pembubaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) bahagian itu, iaitu salah gerakan sayap PKR untuk golongan berumur 35 tahun ke bawah.

Timbalan Ketua AMK Sik, Mohd. Soffian Ahmad, 24, (gambar) berkata, beliau mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar parti bersama-sama ahli lain kerana tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kebanyakan ahli PKR Bahagian Sik juga merasakan pengorbanan pemimpin dan ahli di peringkat bahagian tidak dihargai oleh pucuk pimpinan parti.

Malah, beliau memberitahu, perjuangan PKR kini dianggap tidak lagi relevan memandangkan ia lebih menjurus kepada kepentingan peribadi pucuk pimpinan parti berkenaan.

"PKR Sik mempunyai kira-kira 500 ahli dengan sebahagian besarnya adalah golongan muda. AMK kawasan ini merupakan antara bahagian yang paling aktif sejak ditubuhkan pada 1999.

"Selama ini, kita berjuang habis-habisan untuk memartabatkan sistem demokrasi Malaysia bersama PKR.

"Namun begitu, atas faktor tidak sehaluan dan kecewa dengan sikap pucuk pimpinan, saya bersama ahli jawatankuasa mengambil keputusan keluar letak jawatan dan keluar dari parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Soffian mendakwa, berikutan pembubaran AMK Sik tersebut, beberapa lagi bahagian kini hanya menunggu masa untuk dibubarkan.

"Perbincangan mengenai pembubaran telah dibuat oleh kebanyakan pimpinan termasuk AMK bahagian dan ia dijangka bermula berperingkat-peringkat mulai bulan ini," ujarnya.

Tambahnya, tindakan berkenaan juga dilakukan selepas kebanyakan ahli berasa muak dengan sandiwara politik yang dimainkan PKR dan anggotanya dalam pakatan pembangkang.

"Ahli-ahli sudah berasa bosan dan tidak sanggup lagi diperkudakan oleh pucuk pimpinan," katanya.

Ketika ditanya tentang kemungkinan mereka menyertai parti politik lain, Mohd. Soffian berkata, buat masa ini pihaknya sedang menimbang untuk menyertai parti yang dapat memperjuangkan kepentingan bersama rakyat.


PKR = PARTI KENCING RAKYAT !!


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.