Lompat masuk PAS dibenarkan kerana kembali ke perjuangan Islam

on Saturday, February 20, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




“Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang ‘melompat’ dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam.

“Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,” katanya.


SinarHarian




Nik Aziz kembali dengan ayat putar belit serta kenyataan merapunya demi untuk meraih sokongan yang semakin lemah kepadanya.

Seperti biasa, Nik Aziz memanipulasi soal dosa dan juga pahala didalam membuat kenyataan. Yang terkini dari mulut longkang ulamak politik tua ini ialah berkenaan soal lompat parti.

Bagi Nik Aziz, sesiapa yang "lompat parti" untuk menyertai Pas adalah merupakan satu tindakan terpuji dan juga diibaratkan sebagai kembali kepada asal perjuangan Islam. Begitu juga dengan orang melayu yang masuk ke dalam parti tersebut, ianya dianggap balik kepada Islam.

Berlainan pula nasibnya bagi pemimpin yang "melompat" ke parti lain. Nik Aziz menyifatkan mereka ini sebagai telah melakukan satu dosa.

Nik Aziz nyata berhadapan dengan krisis penyakit nyanyuk peringkat kritikal apabila meyifatkan pemimpin yang "melompat parti" selain kedalam Pas, telah mengkhianati amanah rakyat dan juga menanggung segala dosa semua rakyat yang mengundinya.

Ini menunjukkan sikap double standart didalam pemikiran ulamak politik tua ini. Bagaimana pula seorang pemimpin yang melompat menyertai parti Pas tidak dikira sebagai menanggung dosa dan mengkhianati amanah rakyat? Apakah sesiapa yang masuk kedalam Pas akan terhapus segala dosa darinya?

Bagaimana pula Nik Aziz dapat menilai Pas sebagai sebuah parti Islam sebenar jika kemelut yang berlaku didalam Pas itu sendiri tak kurang hebatnya dengan yang berlaku didalam parti-parti lain di negara ini?

Rasuah, salahguna kuasa, salahlaku moral, dan juga penyelewengan pun banyak berlaku didalam Pas yang Nik Aziz labelkan sebagai sebuah parti yang mengungguli Islam itu. Nik Aziz sendiri terpalit dengan tuduhan "tajaan haji" dan juga penyelewengan pembelian kek harijadi.

Dan di Kelantan sendiri banyak pemimpin Pas terlibat didalam salahlaku penyelewengan tender balak negeri. Begitu juga dengan kes salah laku moral melarikan anak dara orang dan juga skandal "menyundal" dengan isteri orang oleh beberapa pemimpin Pas.

Siapa yang berani menafikan semua ini ?

Jadi, apakah KPI yang Nik Aziz gunakan untuk menilai Pas itu sebagai sebuah parti yang benar-benar berpolitik berlandaskan Islam? Apakah dengan hanya pemimpin berserban sebesar bakul sayur dan juga berjubah sebesar kelambu sudah boleh dikatakan parti Islam ?

Ataupun apakah KPI keislaman parti Pas hanya dinilai melalui ustaz-ustaz politiknya yang berceramah sambil menyelitkan dua-tiga kerat hadis yang dihafal untuk memenuhi kantung-kantung derma?

Dengan menyatakan bahawa Pas itu sebagai sebuah parti yang lebih Islam dari parti melayu lain, secara tak langsung Nik Aziz berbohong kepada dirinya sendiri dan juga kepada pencacai jemaah Pas yang taksub kepadanya.

Nyata bahawa Pas tak jauh bezanya daripada parti politik lain yang bermatlamatkan untuk meraih undi dan juga mengimpikan kuasa pemerintahan.

Cuma sedikit perbezaan dengan Pas ialah, individu seperti Nik Aziz tanpa segan silu telah memanipulasi Islam sebagai alat untuk kepentingan peribadinya didalam politik.

sumber : mykmu.net


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.