Aasil Kazi Ahmad proksi Anwar di luar negara

on Sunday, February 7, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Aasil_depan_1_2
Anuar Shaari menunjukkan gambar Aasil Kazi Ahmad semasa sidang akhbar di Hotel Grand Seasons. Bersamanya ialah bekas exco Keadilan, Azwanddin Hamzah. Aasil difahamkan mengetahui banyak perkara mengenai Raja Petra Kamaruddin dan dapat membantu siasatan dengan memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra.- Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI


KUALA LUMPUR - Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, hari ini membuat pendedahan berkenaan penglibatan rangkaian Anwar di luar negara.

Aasil Kazi Ahmad disebut-sebut sebagai operative Anwar yang menguruskan semua rangkaian Anwar di luar negara.

"Aasil tahu banyak perkara mengenai Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan dapat membantu siasatan dengan memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra", kata Anuar Shaari dalam sidang medianya di di Hotel Grand Seasons petang tadi.

"Aasil juga tahu tentang Buletin Herald Catholic Weekly," katanya lagi.

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim merupakan tokoh Islam yang paling lantang memperjuangkan kalimah Allah kepada Kristian meskipun ditentang oleh majoriti ulama di Malaysia.


AasilAnwar
Aasil dan Anwar Ibrahim

Ketika ditanya adakah Aasil juga terlibat bersama Dato Nazri Abdullah, bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Anuar berkata persoalan itu harus kepada Dato Nazri sendiri.

Difahamkan Aasil dan Dato Nari merupakan pengamal media yang dipercayai terlibat dalam proksi aset Anwar di luar negara serta mempromosi imej Anwar di media antarabangsa.

Beberapa tahun lepas RPK telah melarikan diri ke luar negara, selepas kegagalan Anwar membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

Menurut sumber RPK telah melarikan diri ke luar negara melalui Thailand dengan pertolongan Dato Shazril Eskay, seorang lagi rangkaian Anwar. Dato Shazril difahamkan telah menyediakan visa dan dokumen perjalanan RPK dari Thailand ke United Kingdom.

Baru-baru ini telah didedahkan RPK telah menginap di Trinity Court, Bayswater, London rumah kepunyaan isteri Kalimullah Hassan, seorang lagi bekas pengamal media NSTP.

RPK merupakan operative Anwar Ibrahim yang menjalankan propaganda politik di Malaysia melalui lamannya Malaysia-Today. Ramai yang berpendapat apabila RPK melarikan diri ke luar negara, sudah tentu akan dijaga oleh orang kanan Anwar di luar negara iaitu Aasil.

Aasil dan KJ
Aasil (kanan) bersama Khalid Jaafar dan Jeff Ooi. Kesemua mereka adalah pengamal media
AasilSaif
Aasil bersama Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong PKR
AasilPKR
Aasil dan logo PKR 'strategist'


Aasil merupakan warganegara Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat. Menurut sumber nama Aasil dicadangkan oleh Dr Jamal Barzinji, penggerak utama IIIT (International Institute of Islamic Thought) untuk menjadi pegawai khas Anwar di luar negara. Aasil juga terlibat aktif dalam ISNA dan IIIT.

sumber : AIDC


One Response

  1. Salam bro, begitulah kelicikan Anwar Aljub untuk mengkhianati negara...........chameleon.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.