oleh agenda daily

Jika selama ini ia hanya cakap-cakap, pagi Selasa bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin.

Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada sidang media sebelum membuat laporan polis, Anuar berkata, dokumen yang mengandungi bukti pemilikan saham sebanyak RM2 juta milik Azmin dan Shamsidar serta penyata akuan bank Shamsidar sebanyak RM8 juta akan diserahkan kepada polis untuk menetukan kesahihan dokumen terseut dan seterusnya melakukan siasatan.

“Saya datang pada hari ini untuk mencari kebenaran bukannya hendak menghukum. Masyarakat hendak tahu kebenaran isu yang kini hangat diperkatakan termasuk para penyokong Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin.

“Wan Azizah sendiri mesti hendak tahu kenapa Shamsidar boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu,” katanya.

Anuar tampil membuat laporan polis berkenaan ekoran isu pemilikan saham yang didakwa melibatkan Azmin dan Shamsidar heboh diperkatakan kebelakangan ini. Anwar dan Azmin sebelum telah tampil menafikan ada memiliki saham seperti yang didakwa.

Anuar selain pernah menjadi SUS bagi tempoh 1996 hingga 1998, juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Wan Azizah dan Ketua Bahagian PKR PErmatang Pauh sebelum keluar meninggalkan parti itu pada tahun 2007.

Menurut Anuar beliau membuat pendedahan ini kerana ia juga ada kaitan dengan Anwar memandangkan semasa perolehan saham dan wang tersebut yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1994, Azmin bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Anwar yang pad ketika itu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya minta kepada nama-nama yang disebut ini jangan panik kerana kita hendak mencari kebenaran. Jangan nanti timbul pula dakwaan wujudnya konspirasi atau saya dibayar untuk membuat pendedahan ini,” ujar beliau.

Mengenai pendedahan itu, Anuar berkata, jumlah yang dinyatakannya itu adalah selari dengan apa yang diperkatakan sekarang.

Ditanya kenapa setelah sekian lama baru pendedahan ini hendak dibuat, Anuar berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan itu kepada pihak polis. – 17/11/2009

link

azmin,shamsidar punya aset lebih 10.5 juta