Menantu Nik Aziz diminta letak jawatan

on Monday, November 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terus menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Abdul Ariffahmi, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini selepas didesak oleh barisan pemimpin kanan parti pagi ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media - yang disertai oleh Abdul Ariffahmi - selepas pertemuan dengan pemimpin atasan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi. klik di sini selanjutnya

Komen PB

Demi KUASANYA dan HUSAM , Nik Aziz mengorbankan menantunya untuk membersihkan imejnya serta kerajaan negeri yang sudah tercalar ekoran melindungi menantunya yang sekarang ini disiasat oleh SPRM .

PB masih lagi ingat semasa beliau melantik menantunya sebagai CEO PMBK , beliau mempertahankan tindakannya itu dengan menggunakan hujah termasuk menyamakan tindakannya itu sama dengan tindakan Rasulullah yang turut melantik ahli keluarganya memegang jawatan .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.