Nizar karat !! Insiden Kepala Lembu bukan angkara UMNO

on Tuesday, November 10, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ini bukti dan kebenaran bahawa UMNO tidak terlibat di dalam insiden kepala lembu dulu di depan Bangunan SUK Selangor . Ketika isu ini hangat menyerang Khalid Gereja ,Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail , beberapa pemimpin PR mengatakan UMNO dalang nya . Siapa yang kuat mengutuk UMNO dalangnya tidak lain tidak bukan Khalid Gereja , Anwar Ibrahim dan jg AMK dan Pemuda PAS.

Mereka mengambil kesempatan isu ini dengan munuduh UMNO rasis dan juga dijadikan isu ketika PRK Bagan Pinang . Hari ini Khalid Ibrahim melaporkan di dalam Sidang DUN bahawa menafikan penglibatan UMNO sebagai dalang insiden itu

Oleh itu , semua rakyat jangan terlalu percaya dengan puak2 ini kerana mereka ini sanggup bohong, fitnah dan menuduh pihak lain supaya bertanggungjawab agar boleh melepaskan diri. Betul la cakap Prof Aziz Bari yang mengatakan PAS ini selalu bila berhadapan sesuatu isu berkaitan dengan mereka seperti masalah dalam parti mereka, mereka cepat-capat menyatakan UMNO terlibat sebagai dalang. Isu kerajaan perpaduan , isu bai'ah cerai talak tiga, isu penangkapan Dr Asri oleh JAIS ,dan isu insiden kepala lembu semuanya ini mereka tuduh UMNO punya angkara.

Pakatan Rakyat = Penipu Rakyat !!!!

Pakatan haram anda harus minta maaf kerana menipu rakyat dan menuduh UMNO dalangnya !!!!

baca di sini



Insiden Kepala Lembu Bukan Angkara Umno : MB Selangor

SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Isnin berkata walaupun terdapat anggota Umno terlibat dalam satu demonstrasi mengarak kepala lembu di sini pada Ogos lepas, mereka ini bertindak lebih secara individu.

Kerajaan negeri tidak perlu menyusahkan mereka ini kerana ada antara mereka yang telah didakwa dan biarlah mereka menyatakan pendirian mereka di mahkamah, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mahu Abdul Khalid menjelaskan siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu yang disusuli dengan insiden memijak kelapa lembu.

Demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos itu melibatkan 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Abdul Khalid tidak bersetuju kenyataan Ng yang mendakwa Umno sebagai sebuah parti perkauman kerana menjadi dalang bagi demonstrasi itu dan perlu dibubarkan.

Beliau berkata apa yang perlu pakatan pembangkang tunjukkan ialah kekuatan parti itu yang mewakili berbilang bangsa dan menunjukkan mereka boleh mentadbir dengan lebih baik dan telus.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.