Guan Eng Bohong rakyat , PP sudah tiada miskin tegar

on Sunday, November 8, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KEPALA BATAS 6 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap kerajaan negeri yang masih mempertahankan dakwaan kononnya negeri ini sudah bebas sepenuhnya daripada masalah miskin tegar.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendedahkan butiran terperinci mengenainya itu termasuk melakukan kajian semula bagi mengenal pasti sama ada benar-benar tiada golongan miskin tegar di negeri ini.

Menurutnya, hasil kajian awal yang dijalankan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) membuktikan masih terdapat golongan miskin tegar di negeri ini terutama di kawasan luar bandar.

''Kerajaan negeri April lalu umum Pulau Pinang sudah bebas daripada masalah ini (miskin tegar). Atas dasar dan ukuran apa pengumuman begini dibuat sedangkan masih ramai golongan miskin tegar di Pulau Pinang.

''Saya cabar Guan Eng kemuka secara terperinci statistik mengenai hal ini dan buat kajian semula kalau perlu. Jangan buat (umum) kalau fakta tidak betul,'' katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Projek Industri Tekstil di Kampung 20, Penaga di sini hari ini.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga memberitahu, perkara itu pernah dibangkitkannya pada sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tetapi kerajaan negeri bersikap acuh tidak acuh berhubung perkara itu.

''Mereka (kerajaan negeri) ada meminta saya mendedahkan nama-nama (golongan miskin) tegar tetapi sehingga hari ini tiada apa yang dilakukan. Ada baiknya Guan Eng dan pimpinan kerajaan negeri turun padang dan lihat realiti sebenar masyarakat.

''Jangan hanya buat publisiti dengan buat pengumuman semata-mata mahu meraih keuntungan politik. Sepatutnya kerajaan negeri perlu lihat apa yang sepatutnya mereka perlu buat untuk bantu golongan ini (miskin tegar),'' tegasnya.

Beliau menambah, ICU kini dalam proses menjalankan kajian mengenai jumlah sebenar golongan miskin tegar di negara ini dan ia dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.

Azhar turut mempersoalkan sikap pegawai dan kakitangan agensi di bawah kerajaan negeri yang tidak turun padang dalam program masyarakat terutama yang dianjurkan oleh kementerian atau jabatan kerajaan Persekutuan.

''Saya pun tidak tahu sama pegawai-pegawai ini memang tidak mahu turun padang atau takut dengan Guan Eng atau memang diberi arahan supaya tidak menyertai program anjuran kerajaan Pusat.

''Kalau begini caranya, macam mana mereka hendak mengetahui masalah yang dihadapi rakyat?'' soalnya.

Komen PB

Ini lah penipuan Khalifah Umar Abd Aziz PAS , Guan Eng yang cuba menipu Melayu PP dengan mengatakan PP kini sudah bebas dari miskin tegar ..haha Adakah LGE ingat bagi beras sekampit dan RM 100 setahun sekali kepada warga emas boleh mengatasi masalah miskin tegar di PP ??? Melayu PP antara yang teramai bilangan dalam golongan miskin tegar dan adakah LGE dan YB Pakatan Rakyat ada pergi melihat kemiskinan di kampung-kampung ??

PB belum lihat lagi apa dasar dan program kerajaan negeri untuk membantu penduduk dari keluarga yang miskin tegar ini . Mengenai program yang anjurkan oleh kerajaan Pusat di PP tidak dihadiri oleh pegawai dari kerajaan negeri menunjukkan sikap sebenar kerajaan PP yang bermuka-muka. Mereka hanya kaluat minta peruntukan pembangunan untuk negeri PP dipercepatkan seperti Jambatan Kedua tetapi tidak memberi kerjasama di program kerajaan Pusat buat di PP .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.