Masjid Selangor ingkar titah DYMM Sultan Selangor

on Tuesday, November 3, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


PB tertarik membawa surat pembaca dari Selangor ini . Beliau kesal dengan pihak masjid menjemput khatib luar dari Kelantan membawa khutbah di masjid mereka yang berbaur politik sepnuhnya 100% . Anda baca sendiri artikel dari surat pembaca ini kepada Utusan Malaysia .

JAIS boleh tahan Dr Asri kerana memberi ceramah tanpa tauliah , tetapi khatib Pas ini lagi advance dari Asri iaitu menggunakan peluang membaca khutbah di masjid lagi malah di dengar oleh umat Islam yang hadir ke masjid itu . Mengapa JAIS tidak pergi serbu cekup khatib yang tiada tauliah ini untuk membaca khutbah di masjid Selangor ??



PADA Jumaat 30 Oktober 2009, saya solat Jumaat di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, Selangor. Saya difahamkan, khatibnya dijemput dari Kelantan. Kebanyakan jemaah tahu latar belakangnya, parti politiknya serta sangat mahir berpidato.

Khutbah bertajuk Harta dan Anak Pinak Adalah Hiasan Dunia bermula dengan baik dan teratur, sehinggalah tiba-tiba khatib menyorot ungkapan seorang pegawai tinggi kerajaan sempena melepaskan kumpulan pertama jemaah haji ke Mekah di mana, pegawai kerajaan tersebut meminta jemaah haji Malaysia berdoa di Mekah agar Malaysia dijauhkan daripada bala bencana.

Tiba-tiba dengan suara meninggi seperti ‘melepas geram’ dia berkata, apakah alasan untuk menidakkan Allah menenggelamkan Malaysia seperti gempa bumi di Padang? Sedang kerajaan yang ada ini sangat zalim dan melanggar perintah Allah!

MasyaAllah. Terkejut saya mendengar suaranya supaya Allah menenggelamkan Malaysia kerana menuduh kerajaan yang ada ini sangat zalim.

Kerajaan juga tuduh beliau, mengarahkan polis menyerang dan membunuh rakyat di Memali manakala sistem bank-bank negara ini semuanya mengamalkan sistem riba. Macam-macam lagi beliau sebut termasuk soal Beng Hock, C4, Altantuya dan ISA.

Sambil khutbahnya sangat emosi dan menjerit-jerit dalam loghat Kelantan itu, beliau selang-seli dengan ayat al-Quran. Saya sempat menoleh kiri dan kanan, nampak jelas sebahagian jemaah tidak selesa, mungkin yang sakit hati kerana tidak boleh menjawab, ada yang tidur lena, tidak ambil peduli, namun yang jelas khatib menggunakan mimbar untuk ‘kepentingan kepartian’ ini cukup besar keburukannya.

Dari sudut agama, khutbah hari itu sudah menjadi satu majlis ceramah politik, jemaah sedang mendengar pemidato Pas sedang mengumpat, mengata, mencerca lawannya supaya semua jemaah membenci.

Khutbah pertama dimulakan pada pukul 1.10 tengah hari sehingga 1.50 oleh kerana khatib sudah bersemangat (agaknya) ambil masa terlalu panjang dalam khutbah kedua, khatib membuat khutbah ringkas.

Setelah selesai solat, pegawai masjid merayu orang ramai memberi derma dan sumbangan pada khatib yang berkhutbah tadi yang kebetulan memimpin sebuah madrasah di luar Selangor dan bergerak dari masjid ke masjid setiap minggu.

Peristiwa ini, seolah-olah mencabar titah perintah DYMM Sultan Selangor yang dua tiga hari yang lalu telah menitahkan supaya masjid jangan diperalat, khatib dalam khutbah jangan menyinggung hati jemaah yang tentunya berbeza aliran dan fahaman politiknya.

Saya sungguh tidak faham dengan pihak pengurusan masjid itu. Saya berharap khatib seperti itu tidak lagi dijemput kerana dia hanya layak dan berupaya menjadi pemidato di pentas politik saja dan bukan berkhutbah di masjid. Janganlah kita ingat apabila dia berserban, boleh cakap Arab, maka dia orang alim dan boleh memimpin rakyat? Ingatlah politik itu adalah mata pencariannya semata-mata.

Selaku jemaah yang hendak menunaikan solat fardu Jumaat yang ingin mendengar khutbah-khutbah yang membina dan mengukuhkan persaudaraan, ukhwah dan mahabbah serta dan kasih sayang, sudah sampai masanya penguatkuasaan peraturan yang sedia ada dilaksanakan agar sesuatu yang buruk dapat dihindari.

Yakinlah jika tindakan tidak diambil, satu ketika kelak, dibimbangi kumpulan yang tidak sealiran akan bangun beramai-ramai mencabar khatib yang sedang berkhutbah. Cubalah bayangkan kesannya kepada agama peliharaan Allah ini jika itu berlaku.

Sudah tentu kita tidak mahu negara jadi macam Pakistan atau di Afghanistan. Bom membunuh orang sabah hari, termasuk yang dilempar ke dalam masjid. Nauzubillah.


Warga Subang Parade"

sumber : forum Utusan malaysia




4 Responses

  1. PAPA GOMO says:

    salam bro...
    depa akan gunakan apa sahaja demi meraih undi politik!!! kita mesti tentang agenda yang akan menjatuhkan imej Islam di mata dunia.

  2. Salam bro, puak-puak ini bukan mahu hurmat titah Sultan lagi, kalau mereka dapat berkuasa, yang pertama mereka bakal buat hapuskan Raja-Raja di Malaysia, jadikan Republik....

  3. Anonymous says:

    Kat Masjid Ubuddiah Ampang Tasik,dah lama semenjak April 2008 berbau politik.
    lepas tu lepaih Imam bagi salam dan doa laungan Allah Hu Akhbar !dalam masjid di buat ahli qariah ,kita pun tak tahu sapa sebab diaorang,mungkin di minta bertebar.
    Ada satu jumaat aja sebeum Ramadhan, yang ta ade takbir politik,sebab tazkirah dan khatib INDIE dan tak berpihak .
    Macam kat ceramah PRK.
    Jumaat sebelum undi Bagan Pinang,(buang undi sabtu ada sembahyang hajat khas.
    HjMae Berek12.

  4. Tapi PAS buat juga apa yg dilarang oleh DYMM Sultan. Dah perangai depa mcm tu. gi lawat amokpang5.blogspot.com kalau nak tahu lebeyyy

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.