KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangkakan, perwakilan Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS hari ini memberikan reaksi berbeza terhadap kritikan yang dibuat oleh Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari melalui tulisannya dalam sebuah akhbar harian bulan lalu.
Namun rata-rata daripada mereka menyatakan perasaan tidak puas hati berhubung kritikannya itu hingga ada yang menyatakan tidak boleh melihat wajah Abdul Aziz.
"Minta maaflah, hari ini saya sampai tidak boleh nak lihat muka Prof Aziz," kata pemimpin PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik pada sesi dialog seminar berkenaan.
Bagaimanapun Abdul Aziz dalam pembentangannya tetap mempertahankan tulisannya yang mengkritik kepemimpinan PAS dan menafikan beliau adalah agen Umno bagi merosakkan parti itu.
"Saya bukannya agen Umno ataupun mana-mana parti, dulu satu masa orang tanya adakah saya ada saham dengan Harakah, kerana selalu keluar dalam surat khabar itu hinggakan saya tak dapat apa yang sepatutnya saya dapat.
"Tapi saya tak minta tuan-tuan hargai saya, hargai sumbangan saya terhadap PAS."Tapi sekarang ini saya sudah hilang kawan, orang Umno sudah mula menjauhi saya. sekarang ini PAS pula menimbang untuk menerima saya ataupun tidak," katanya Abdul Aziz ketika menjawab soalan para perwakilan seminar berkenaan.
Turut mempersoalkan tulisan Abdul Aziz pada seminar itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
"Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kritikan Aziz Bari dan kita mahukan penjelasan yang sewajarnya," katanya.
Malah para perwakilan juga menyifatkan krisis yang berlaku dalam PAS hari ini berpunca daripada kritikan pakar undang-undang itu.
Bagaimanapun Abdul Aziz membalas kenyataan Khalid dengan menyatakan krisis yang berlaku di Selangor adalah disebabkan pemimpin parti itu gagal melaksanakan kerja seperti mana dijanjikan.
Abdul Aziz turut menafikan dakwaan kritikannya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu penghinaan kepada presiden parti itu yang disifatkan bertaraf ulama.
"Saya tidak menghina ulama ataupun presiden parti. Siapalah saya untuk persoalkan perkara ini. Saya hanya sentuh kedudukannya sebagai kapten yang mengemudi parti," katanya sambil menambah PAS perlu melakukan anjakan dan melaksanakan perubahan sekiranya mahu kekal relevan.
sumber : http://mstar.com.my
hahaha ini lah baru namanya demokrasi . Tak puas hati hantam balik Prof kangkung tu .Tetapi aku suka sangat pergolakan dalam PAS ini . Baru sekarang orang Pas tahu yang Prof kangkung yang mereka banggakan ini adalah budak Anwar dan merupakan penulis buku dari IKD milik Anwar . Dia adalah talibarut Anwar yang pada mulanya dianggap seperti penyokong Pas dalam isu Perak tetapi akhirnya kerjanya juga adalah untuk memecah belahkan Pas dengan menyerang Hadi Awang ,Nasharuddin dan Hassan Ali atas arahan Anwar .
Tetapi hebatnya Aziz bari dan begitu cepat terkenal di dalam PAS adalah hasil daripada sokongan dalam beberapa pemimpin AJK PAS Pusat yang mereka ini memang talibarut Anwar dalam PAS .
Syabas PAS kerana telah silap membela seorang yang dianggap boleh memberi sokongan politik kepada anda ,tetapi rupanya dia itu racun dan tikam anda balik ..
Melihat daripada laporan berita dalam seminar PAS ini, jelas menunjukkan sikap sebenar Aziz bari yang mula cakap berdolak dalik dan cakapnya telah lain ketika dikecam hebat oleh perwakilan .
link
Kisah Aziz Bari dan abang kesayangannya Anwar
Nik Aziz dan Aziz bari dikecam , Hadi kukuhkan penguasaan
he he . aku setuju sangat
salam.
Ini lah salah satu Parti politik yang terulung diatara Parti politik yang ada...ditanah air ini membenarkan pemimpin mereka dicaci dan di maki...mungkin ini jugalah sebuah parti melayu yang tak bermaruah...lebih-lebih lagi bila berbaik-baik dengan kapiaq harbi..."AMANAT DAJAL" sudah tidak dipeduli...kerana DAP.
Surat Debat Nik Aziz kepada Najib Tun Razak..malangnya Najib mengelak dengan alasan yang di ada-adakan..
Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkari
(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009
Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Assalamualaikum WM WB.
Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.
YAB Dato Seri,
Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam
Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.
Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).
Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.
Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.