Prepare for battle- pilihanraya kecil bakal berlaku ..

on Tuesday, February 3, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

PKR, PAKATAN BERSEDIA

"Mereka bukan lagi ADUN PKR. Speaker Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman


Jadi apa yang ditunggu lagi Barisan Nasional Perak ,PREPARE FOR BATTLE !!! Semboyan sudah dilaungkan oleh pihak musuh yang mereka bersedia untuk bertempur semula . Kerajaan baru dalam penantian bakal menjelma di Perak dan kita akan tumbangkan Nizar yang angkuh dan sombong itu .




Saya berasa satu berita kelakar yang direkacipta terpelihara oleh Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda dalam surat akuan bersumpah yang dibuatnya di hadapan pesuruhjaya sumpah Yong Yoke Thye di sini hari ini mendakwa beliau menerima tawaran daripada BN sebanyak RM50 juta untuk membawa masuk sekurangkurangnya dua ADUN dari Perak, terutama daripada PKR untuk menyertai Umno atau menjadi wakil bebas selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Tak logik dan masuk akal langsung duit sebanyak itu nak hulur kat hang semata-mata nak dua Adun lompat .Lebih baik duit itu bina sekolah ,jalan kampung @ bagi subsidi untuk gula yang nak naik lagi baik dari hulur buta free kat orang PKR.

Dakwaan PKR biasalah yang cukup sinonim dengan akuan bersumpah yang diperkenalkan oleh RPK sudah naik jelak aku tengok dan itu menunjukkan mereka tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa dalam kelompok mereka sendiri ada yang ingin berubah parti.

Wahai Nizar dan Anwar ,anda harus terima hakikat bahawa jika anda boleh menarik ADUN BN menyertai PKR maka BN pun boleh juga menarik ADUN PR menyertai BN !!! jangan dok bersilat lagi dan kelentong rakyat kerana rakyat bukan bodoh melihat laporan dalam semua media pro pembangkang semuanya lain cerita..


MB Perak: Surat letak jawatan 2 ADUN memang wujud

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

"Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.

"Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong.

"Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut," katanya.


Umno yakin mampu rampas semula

Muda Mohd Noor | Feb 2, 09 5:28pm

Pemuda Umno Perak yakin parti itu mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering jika diadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Ketua pergerakan itu, Zainon Fadzi Baharuddin berkata, situasi hari ini tidak sama dengan 8 Mac 2008.

"Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, sudah bosan dengan permainan kerajaan negeri yang terlalu mengikut telunjuk kaum lain.

"Semakin lama kerajaan sekarang memerintah, orang Melayu menjadi semakin diketepikan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu, telah meletak jawatan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Zainon Fadzi berkata, pihaknya juga mengalu-alukan kemasukan Jamaluddin dan Osman ke dalam Umno untuk kepentingan orang Melayu di negeri itu.

"Tetapi sehingga hari ini saya tidak tahu perkara sebenar mengenai kedua-dua Adun berkenaan.


4 Responses

  1. Adakah babak akhir Pakatan Ruyub di Perak. sama-samalah kita gerakkan seluruh kaum keluarga dan sahabat andai untuk menyurupkan mereka

  2. babak akhir game ini akan menjelma ..sungguh dasyat politik Malaysia ..

    inilah konsep Realpolitic yang pernah digunakan oleh Otto von bismack untuk menyatupadukan Jerman dahulu .

    kita tunggu dan lihat siapa yang kena..

  3. Anonymous says:

    aha....buat pej....ba... dan abg TaipingMali.......sama-sama la kita tengok nanti....

    Buat pejuang bangsa aku setuju dengan ko..dari bagi 50 juta kat PKR lebih baik bagi kat rakyatkan....macam kat permatang pauh dulu....macam kat kuala trengganu dulu...

    ingat tak? Najib kata hampa kat Penang nah aku bagi rm 100 ribu kat surau dan rm 200 ribu kat masjid di permatang pauh...siap panggil wartawan...siap panggil semua rakyat...tv...utusan...tangkap gambar dok tunjuk ajib serahkan surat(macam geran atau macam replika cek) kepada suma pengerusi ajk masjid permatang pauh....Jadi ramai lagi geng pengerusi masjid nie pergi ambil cek masjid dan surau masing-masing kat Pejabat Agama(ikut kata Najib kat situ la kena ambil)...depa pun pakat pi la(ikut loghat penang..hangkan org penang....anak buah khairy....)...sampai kat pejabat agam berkatalah bahagian kewangan...setakat la nie mana ada peruntukan sampai pakcik oooii...depa dok janji la...tapi mana ada duit....duit tu dok bagi kat puak UMNO saja....buat t shirt,buat payung..buat coklat...dlll..Ya ka? tanya pakcik tu.....awat la Najib dok penipu orang nie...buta-buta kami kena kencing Najib..kahkahkkaakkhhh..lain kali balik la penang..cuba la pi permatang pauh...tanya la kat pegerusi masjid..duit hampa dah dapat ka belum....kalu belum hang dahulukan duit hang....tak gitu pejuang...

    Kat Kuala Trengganu pun best gak....orang cina semua happy maklumlah rm 300 seorang wow...kalu ada 3 ribu orang dah berapa....baguskan...duit tu memang tak elok bagi kat PKR pun...tapi 2 adun pkr tu kempunan la duit umno....sayang semuanya sudah terlambat.....buat fauzi...elok la geng pakatan rakyat pi ziarah dia maklum lah nanti hilang macam bala susah pulak....hilang macam adun pkr lagi la susah...kata Hamid albar depa pi bercuti....adun pkr kata kami cuti sakit(maklumlah sakit serentak....mana satu betul.....tentu pejuang tau.....

    memang umno buleh menang...kata pemuda...tapi kena la terangkan dengan panjang lebar isu kugan yang mati kena belasah dengan polis....kata Hamid albar..ko semua nie barua lah sebab mengnggap penjenayah sebagai hero....tapi sayang kalu adik ko pejuang bangsa di tuduh serta direman serta dibelasah oleh polis..ko marah tak..bukan nak anggap dia hero tapi...konsep keadilan...bagi la kat semua..kalu salah ikut la prosedur....walaupun jahat macam mana pun....orang india kat behrang dok tunggu penjelasan dari UMNO....maklumlah kenyataan Hamid albar menyebabkan mereka bengang...kata MIC nak bertanding kat behrang.......confirm kalah punya...apa kata letak calon UMNO....ada can tak.......tak gitu pejuang....

  4. FYI budak pas


    dalam news ,YDP MAIPP telah memaklumkan peruntukan utk masjid di Prmtg Pauh telah diluluskan oleh JPM. jadi apa yang hang baca itu tidak benar dan mungkin pengerusi itu dari pro pembangkang kerana di pmtg pauh ini ada masjid pas juga.

    pasal kes kugan itu , hang tgk la sendiri van jenazah kugan ,memang kurang ajar punya hindu ,menghina polis dan timbulkan perkauman . aku tidak boleh terima semua itu dan mungkin hang pun tak baca sejarah 13 Mei kot bagaimana peristiwa itu terjadi seperti ini la perarakan jenazah dulu di kg baru

    bg aku ,polis sudah jalankan siasatan ke atas sapa yg bersalah dlm pukul kugan dan ikut prosedur .jadi tunggu la siasatan selesai ,tak payah dok tunjuk dia hero ..DASAR PENJENAYAH .. ingat filem tamil ka nak tunjuk penjenayah jad pejuang ..haha untuk pengetahuan u ,byk orang sudah mati dlm tahanan sejak dulu ,tp ada tak bangsa melayu buat spt depa ni ?? negara kita ada undang2 woi..bukan rule of jungle .. sapa yang salah akan terima la balasannya..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.