PPSMI: Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS

on Monday, February 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


PPSMI: Khairy sedia terima surat cabaran debat Pemuda PAS
Jimadie Shah Othman | Feb 23, 09 5:44pm
Hasrat Dewan Pemuda PAS (DPP) untuk menyerahkan surat cabaran debat kepada Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), tidak berhasil apabila menteri berkenaan tidak menghadiri sidang Parlimen pagi tadi.




Berikutan itu, DPP akan menyerahkan surat tersebut kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada jam 12.30 tengah hari esok di lobi Parlimen.

Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub ketika dihubungi Malaysiakini petang ini mengesahkan perkara tersebut.

"Kita hendak serah tadi, tetapi tidak ada yang berani terima. Bila kita hubungi Khairy, beliau setuju terima (bagi pihak Hishammuddin)," katanya.

Salahudin juga berkata, beliau mencabar Hishammuddin berdebat atas kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno dan "kebetulan ada jawatan dalam kerajaan" (sebagai menteri bertanggungjawab).

Bagaimanapun, tambah Salahudin, jika Hishammuddin menolak cabaran itu dan menghantar wakil dalam debat yang dirancang itu, beliau "tidak ada masalah selagi isu PPSMI dapat diketengahkan".

Salahudin juga menafikan cabaran itu dibuat semata-mata sebagai reaksi daripada penyerahan memorandum Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kepada beberapa tokoh politik BN dan Pakatan, termasuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

Mahu disegerakan

"Ini adalah perjuangan lama (PAS). Kita suarakannya sejak dari dulu lagi. Hari ini kita merasakan suara anak muda mesti disambut," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Mengenai format debat yang beliau diinginkan, Salahudin berkata, tidak ada masalah dengan apa format pun yang dikendaki Pemuda Umno, asalnya ia dapat disegerakan.

Ditanya tentang persepsi orang ramai bahawa debat tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menjadi medan tuding-menuding antara dua pihak yang berbeza pendapat, Salahudin berkata beliau mempunyai pandangan sebaliknya.

"Berlainan pendapat boleh disusuli dengan dialog dan sebagainya. Ia boleh menjana intelektual dan pemikiran ideal," katanya.

komen PB

Isu PPSMI ini sudah dijadikan ISU BESAR seperti berlaku perang oleh sekelompok NGO yang memperjuangkan bahasa dan juga termasuk parti pembangkang . Ketua Pemuda PAS sudah menghantar surat untuk berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO mengenai isu ini dan jika Hisyamuddin tidak mahu berdebat ,beliau sudah tentu akan hantar orang yang hebat untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang ini . Adakah YB yang mewakili kepada Ketua Pemuda yang menerima surat jemputan itu hari ini akan dihantar menghadapi Salahudin Ayub ?? sama-sama kita nantikan ...


link

Khairy buktikan kepimpinan Pemuda Berubah Berani dan Setiakawan


9 Responses

  1. MANA PERGI CALON KETUA PEMUDA YANG LAIN...TAK BOLEH HARAP LANGSUNG!!! BILA KENA CABAR NGAN PEMBANGKANG SORANG MENYURUK BELAKANG BAPAK SORANG LAGI SIBUK MAKAN TEMPE 24JAM?

    MASA PGRAM HUJAH HARITU BERIYA-IYA SANGAT...SAMPAI KERAJAAN PUN NAK DISALAHKAN... DAK UBAH ITULAH NAK UBAH INI LAH, MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU LA... PIRAAAHHHHHH.... DALAM GELANGANG SENDIRI BOLEH LA...

    AKU NAK CABAR CALON KETUA PEMUDA SELAIN DARI YB KJ... TAMPIL KEHADAPAN!!!

    BUKTIKAN YANG PEMUDA PANTANG DICABAAR!!! JANGAN KASI PEMUDA MALU...

  2. Taminsari says:

    Salam PB..

    Jika ditanya kepada saya apakah saya bersetuju jika matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, jawapannya saya bersetuju.

    Saya mengambil contoh kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia iaitu negara Jepun. Bagaimana negara Jepun boleh menjadi negara maju dengan hanya menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Jepun.Bagaimana Jepun boleh maju kehadapan dengan hanya menggunakan Bahasa Jepun?

    Apabila Jepun kalah didalam peperangan dunia ke-2, rakyat Jepun bertekat untuk membangunkan semula negara mereka. Atas arahan Maharaja Jepun, rakyat Jepun yang berkebolehan telah dihantar untuk pergi belajar keseluruh dunia terutamaya kesebelah Eropah, Amerika Syarikat dan juga dibenua Asia.

    Ilmu Sains dan Matematik mereka banyak belajar dari Amerika Syarikat manakala untuk Teknologi dan kejuruteraan, guru mereka yang sebenar adalah negara Jerman. Pelajar-pelajar teknikal dan kejuruteraan Jepun diwajibkan mengambil matapelajaran Jerman disamping Bahasa Inggeris. Para pengkaji bahasa Jepun berusaha menterjemahkan kesemua buku-buku Jerman yang berkaitan dengan sains dan teknologi kedalam bahasa Jepun termasuk sekali kamus kejuruteraan yang lengkap. Segala istilah kejuruteraan diterjemahkan kedalam bahasa Jepun. Segala rujukan semuanya lengkap. Sebab itu mudah bagi mereka mempelajari sains dan teknologi didalam bahasa Jepun kerana terjemahan dan rujukan mereka adalah sangat lengkap.

    Semua rancangan-rancangan TV yang dalam bahasa asing akan diterjemahkan kedalam bahasa Jepun. Disana segala-galanya adalah dalam bahasa Jepun.Dan menjadi masalah kepada orang asing yang pergi ke Jepun untuk berkomunikasi didalam bahasa Inggeris kerana tidak ramai rakyat Jepun yang boleh berbahasa Inggeris.

    Dan apabila mereka pergi kepada global, pada permulaannya mereka menghadapi besar iaitu bahasa iaitu bahasa Inggeris. Mahu tak mahu mereka terpaksa mengikuti kelas bahasa Inggeris semula sebelum mereka pergi keluar negara untuk urusan perniagaan. Kita boleh lihat tahap bahasa Inggeris rakyat Jepun yang bekerja ataupun yang ada urusan perniagaan di sini.

    Disebabkan ini saya amat bersetuju jika mata pelajaran sains,matematik dan kejuruteraan diajar kedalam bahasa global iaitu bahasa Inggeris. Melainkan jikalau penterjemah atau pengkaji bahasa dinegara ini bersedia untuk menterjemahkan kesemua buku-buku yang berkaitan dengan sains, matematik dan kejuruteraan kedalam bahasa Malaysia. Ini kena serius. Jika dilihat dikedai-kedai buku dinegara ini berapa banyak yang sudah diterjemahkan sepenuhnya kedalam bahasa Malaysia. Amatlah kurang sama sekali.

    Yang saya amat kuatirkan sekali adalah apabila kita berjaya menguasai sains, matematik dan kejuruteraan didalam bahasa Malaysia dan kita sebagai sebuah negara industri penuh pada masa itu akan mengalami masalah yang sama seperti Jepun. Teragak-agak hendak bertutur dan menulis bahasa Inggeris apabila pergi ke global?

    Semua ini saya sudah alami sendiri apabila penguasaan bahasa Jepun saya adalah lebih baik daripada bahasa Inggeris. wallahuallam.

    Salam perjuangan

  3. add says:

    penjenayah dah tak pakai lagi dah senapang patah sekarang ni... nak merompak pun guna pistol mainan agar nampak gah...

    Jangan pertikai calon ketua pemuda yang lain, jemputan adalah atas kapasiti jawatan kanan parti dan juga jawatan yang berkaitan,,, KJ terima pun bagi pihak hisham bukan dia sendiri nak berdebat... kalau setakat terima surat jemputan sape-sape pun boleh terima ...

    nak ber"dayus" pun agak-agak la ye...

  4. Salam add...

    Aku bukan penjenayah... tetapi komando... Aku harap saudara tidak salah ertikan perjuangan ayan aku bawa....

    Aku bercakap ada fakta bro... aku rasa kau tak faham dengan apa yang aku katakan!!! sila baca kenyataan ini betul2....

    Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub ketika dihubungi Malaysiakini petang ini mengesahkan perkara tersebut.

    "Kita hendak serah tadi, tetapi tidak ada yang berani terima. Bila kita hubungi Khairy, beliau setuju terima (bagi pihak Hishammuddin)," katanya.

    HAHAHAHA kau terasa ker bila aku petik pemimimpin kesayangan kau...

    Bawak bertenang bro....

  5. Salam PB...

    1. Perubahan - Sikap keterbukaan Khairy ini amat dikagumi oleh Ketua Dewan Pemuda Pas dan menganggapnya sebagai satu era baru di mana parti pembangkang boleh bersekemuka dan duduk semeja bagi membincangkan isu-isu Melayu dan beliau merasa yakin bahawa Khairy adalah pemimpin muda yang mampu membawa pembaharuan kepada Pemuda dan akan memenangi pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi.



    2. Berani - Sebenarnya ada wajarnya tindakan yang telah diambil oleh Khairy Jamaluddin agar Pemuda UMNO tidak dianggap sebagai penakut dan enggan membincangkan secara terbuka mengenai isu melibatkan bangsa. Tidak salah menerima surat jemputan tersebut dan keputusan untuk mengadakan debat akan diputuskan oleh Ketua Pemuda UMNO setelah membincangkan di peringkat tertinggi kepimpinan Pemuda. Ini jelas membayangkan Pemuda tidak gentar dengan sebarang cabaran yang diberikan oleh pembangkang. Inilah pembaharuan yang perlu ada dalam Pemuda yang BERANI.



    3. Setiakawan - Sikap setiakawan juga perlu ada dalam pemuda bukan hanya dikalangan ahli tetapi perlu diterapkan dan ditunjukan kepada pemuda pembangkang untuk memenangi hati mereka. Sikap serang dan menghentam sahaja tidak mungkin akan dapat memujuk pemuda pembangkang untuk menerima UMNO.



    Khairy telah membuktikan bahawa beliau telah menerapkan sikap Pemuda perlu berubah, berani serta mempunyai sikap setiakawan tidak kira dengan sesiapa sahaja dalam pertemuan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda Pas tengah hari tadi. Sikap ini amat penting bagi Ketua Pemuda UMNO.

  6. terima kasih atas pandangan anda senapang patah ..

    saya fikir memang la KJ mewakili Hisyam menerima pelawaaan PAS itu kerana beliau selaku orang kanan hisyam dengan jawatan No 2 dalam Pemuda uMNO .

    cuma yang saya ingin tekankan di sini iaitu sifat keterbukaan dan semangat muzakarah antara PAS dan UMNO ini diteruskan oleh KJ di peringkat Pemuda dengan Pemuda PAS.Jika dahulu muzakarah peringkat tertinggi pemimpin dr UMNO dan PAS selepas Mac 2008 kini KJ membina jambatan muzakarah ini semula antara Pemuda UMNO dan Pemuda PAS.

    KJ sekarang ini yang dikenali dan dilihat oleh pembangkang sekarang seorang pemimpin yang sederhana,terbuka dan boleh diajak bincang mengenai pelbagai isu .

  7. Salam Ziarah PB...

    Teruskan perjuangan saudara BJ sentiasa memberi sokongan kepada saudara...

    Salam Perjuangan



    BJ

  8. Saya berbeda pendapat dgn Taminsari,mengapa perlu diajar dalam sains dan matematik dlm BI? mengapa BI itu sendiri itu tidak dimantapkan atau diperkasakan? kenapa korbankan anak-anak melayu kampung yang meminati sains san matematik dipaksa mrk bljr dl BI?

    anda sendiri boleh belajar cara Jepun kuasai technology kerana kekuatan penterjemahan ilmu mereka.
    Dahulu awal 90an banyak karya2 teknologi barat diterjemah oleh DBP dlm BM.Sekarang seperti sudah tiada aktivit penterjemahan ilmu dalam BM.

    Islam dahulu berjaya kuasai ilmu kerana budaya penterjemahan juga dar bahasa yunani ke arab.

    Kita boleh sahaja belajar dalam BI mengenai ilmu sains dan teknologi tetapi saya tidak bersetuju peringkat sek kita menyusahkan anak2 melayu kampung untuk belajar.

    Biar mereka berjaya di sekolah dan kemudian mereka akan belajar BI itu di universiti.

    ***Maaf la kata Hisyam tu ketua pemuda pondan.Patutlah Muhriz dan khir kata Pemuda UMNO sekrang lemah almaklumlah Nahkodanya penakut.

    **selamat bertemu di gel. KJ, kalu hang tk datang malulah Pemuda UMNO.

  9. Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sedia menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas untuk berdebat berhubung isu Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, cadangan itu bagaimanapun perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan pimpinan Pemuda UMNO. “Selepas ini kita akan bincang, kalau tidak sempat dalam tempoh terdekat, kita akan bagi tempoh sebulan memandangkan pemilihan parti UMNO sudah dekat.


    YB KJ menyahut cabaran PAS tetapi mengapa Pemuda PAS tidak mahu menyahut cabaran KJ berdebat mengenai ISA ??? sudah la surat dihantar tetapi tiada respon dari Salahuddin PAS??? takut ka ??

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.