Anwar bagi nasibat baik kepada Nizar penderhaka

on Wednesday, February 11, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


TERLALU banyak cerita mengenai politik Negeri Perak yang kita tatap dalam media massa. Yang pasti, segala-galanya berpunca dari sikap dan cara politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini, Anwar melarang bekas MB Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin supaya jangan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar Perak kerana Pakatan Rakyat masih menganggap beliau sebagai ketua kerajaan negeri yang sah.

Larangan Anwar itu bolehlah dianggap sebagai nasihat. Nasihat ini akan berguna jadi nasihat itu nasihat yang diminta.. Jika Ir Mohamad Nizar tidak pernah meminta Anwar menasihatkannya, janganlah terima apa yang dia nasihatkan. Lagipun, Anwat bukan Penasihat Pas tetapi dia adalah penasihat PKR. Ir Mohamad Nizar boleh meminta nasihat dengan pemimpin-pemimpin Pas lain, seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Biarlah Anwar menjadi penasihat kepada Azmin Ali atau Saifuddin Nasution Ismail kerana apa hak Anwar nak menjadi penasihat kepada Pas dan DAP yang mungkin tidak memerlukan nasihat Anwar.

Apakah Ir Mohamad Nizar boleh ‘mempertahankan’ kediaman rasmi itu sekiranya bekalan elektrik dipotong? Apakah Ir Mohamad Nizar boleh terus mendiami kediaman itu jika bekalan air dipotong? Janganlah ikut perasaan. Dengar nasihat Sultan, dengar nasihat Mufti dan bertenanglah. Jawatan Menteri Besar bukan segala-galanya.

Kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan Sultan Perak sepatutnya ditarik balik adalah satu kenyataan yang cukup rasional kerana Ir Mohamad Nizar sudah memilih ‘derhaka’ kepada Sultan daripada menjadi seorang rakyat yang setia mempertahankan kedaulatan.

Di luar, Ir Mohamad Nizar sebenarnya dilihat sebagai boneka kepada DAP. Menjadi boneka kepada DAP ini adalah pilihan Ir Mohamad Nizar sendiri kerana ada usaha mahu mengwujudkan kerajaan campuran Pas-BN di Perak selepas pilihan raya umum yang lalu, tetapi Ir Mohamad Nizar dipetik sebagai berkata, “bekerjasama dengan BN tidak boleh tetapi dengan DAP, ok,”. Tidak tahulah sejauh mana kebenaran kata-kata ini tetapi, nyata Ir Mohamad Nizar sanggup menjadi boneka kepada DAP dengan memusuhi BN yang rata-rata, kerusi Umno kecuali satu.

Ir Mohamad Nizar sebenarnya ‘dirasuk’. Jika dia sedar bahawa kerusi Pas yang paling sedikit menang di antara tiga parti pembangkang lain, DAP dan PKR, mana mungkin dia boleh menjadi MB. Namun, budi bicara (baca: kebijaksanaan Sultan) Sultan yang faham undang-undang tubuh kerajaan negeri telah meletakkan dia menjadi MB Perak yang ke 10.

Jika dia sedar, permintaan Sultan untuk dia meletakkan jawatan, Ir Mohamad Nizar sepatutnya memilih jalan mudah, iaitu meletakkan jawatan dan bukan memilih terus menjadi boneka. Hati orang-orang Melayu di Perak sudah terguris akibat tindak-tanduknya yang betul-betul mahu menjaga hati DAP yang ’sedekahkan’ kerusi MB kepadanya tetapi janganlah kerana sayangkan kerusi MB itu, Ir Mohamad Nizar yang dikatakan pandai berbahasa Mandarin boleh mengorbankan maruah orang-orang Melayu dengan menganugerahkan geran 999 tahun tanah kepada kampong baru.

Mengadakan mesyuarat Exco (juga katanya atas nasihat Anwar) juga adalah kerja budak-budak kerana keanggotaan mesyuarat Exco mestilah dihadiri sama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri. Jika ketiga-tiga penjawat awam ini tidak hadir, siapakah yang mahu melaksanakan semua keputusan yang mesyuarat Exco putuskan?

Ir Mohamad Nizar tentulah tidak suka dianggap sebagai MB kepada budak-budak tetapi apabila dia menggunakan pakai nasihat dari orang yang pernah masuk jel kerana kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ada dakwaan lagi kes liwat, Ir Mohamad Nizar sebenarnya menjadi ‘budak-budak’ yang tidak tahu memilih penasihat.

Janganlah menunggu sampai anugerah Datuk Seri ditarik balik seperti seruan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin. Serahkan kembali gelaran itu kerana bukan Anwar Ibrahim yang menganugerahkan gelaran itu kepadanya, bukan Karpal Singh dan bukan Datuk Ngeh yang sentiasa tersengeh-sengeh selama ini, tetapi anugerah itu datangnya dari Istana dan dianugerahkan oleh Baginda Sultan.

Ketika Ir Mohamad Nizar sedia menerima anugerah itu, sepatutnya Ir Mohamad Nizar tahu bahawa ketika menyandangnya, di atas batu jembalanya terletak ketaat setiaan kepada Baginda Sultan yang menjadi penyebab kepada terlantiknya dia menjadi MB Perak.

Ketika Anwar Ibrahim dilihat gagal menasihat orang-orangnya dalam PKR supaya taat setia kepada partinya, dia pula ingin menjadi penasihat kepada DAP dan PAS. Silap besar Anwar kerana partinya sendiri kehilangan ramai tokoh-tokoh berkaliber termasuk Mohd Wzam Mohd Nor, Datuk Nallakaruppan dan Abdul Rahman Othman.

Tanya kepada Anwar mana dia Roslan Kassim, mana dia nama-nama besat termasuk Dr. Chandra Muzaffar dan mana dia Marina Ysuof dan Zainur Zakaria yang suatu ketika dahulu cukup berbisa. Mereka semua meninggalkan PKR (baca: meninggalkan Azmin dan Anwar) kerana mereka sudah tersedar PKR bukanlah sebuah parti politik yang memperjuangkan kepentingan rakyat tetapi kebencian dan dendam yang tidak berkesudahan.

Ketika dibebaskan dari penjara, sebaik sahaja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, bukan sedikit orang yang marahkan Perdana Menteri tetapi Pak Lah bukanlah Perdana Menteri yang berdendam. Pak Lah bukanlah Perdana Menteri yang menjadi boneka kepada sesiapa sebaliknya memberi peluang kepada Anwar supaya bermuhasabah diri selepas bertahun-tahun menjadi banduan.

Malangnya, tindakan Pak Lah itu betul-betul ibarat ‘melepaskan anjing tersepit’. Anwar kini menjadi manusia yang memulakan seala-galanya bentuk penentangan dan fitnah. Malahan, keyakinan rakyat kepada putar-belitnya menyebabkan ’sumpah menjunjung Quran’ pun dipersenda-sendakan. Hari ini, sumpah bersaksikan Quran sudah menjadi penghinaan hanya kerana mereka terpersona dengan kata-kata Anwar Ibrahim bahawa budak yang didakwa diliwatnya, diupah memfitnahnya.

Ir Mohamad Nizar jangan juga terpersona dengan kata-kata Anwar kerana mempertahankan kediaman rasmi Menteri Besar Perak tidak akan menyebabkan dia akan terus menjadi Menteri Besar dengan Exco-Exco DAP yang masih ingin menganugerahkan tanah-tanah kepada kampong-kampung baru dan terus menguris hati dan perasaan orang-orang Melayu.

Jika Ir Mohamad Nizar percaya kepada kata-kata bekas MB Perak yang lalu, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli bahawa kerajaan Perak akan tumbang menjelang 31 Ogos 2008, peristiwa yang berlaku 4 Februari ini mungkin bukan begini jadinya. Ir Mohamad Nizar mungkin masih menjadi MB Perak dengan barisan Exconya adalah dari kalangan orang-orang Umno yang 100 peratus Melayu dan beragama Islam.

Oleh Zainal Yusof

sumber : www.kpmu.net


One Response

  1. beb....

    baca sini...

    http://perisik-rakyat.com/2009/02/sembah-derhaka-pr-penderhakaan-umno.html

    islam hadhari itu sesat dan menyesatkan....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.