Keruntuhan Kerajaan Nizar .

on Wednesday, February 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments




TERKINI – Ketika kerajaan campuran di Perak kelam kabut menggunakan ‘talian hayat’ terakhir bagi memohon perkenan Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu. Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering),Hee Yet Fong (Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) (gambar bawah- yang turut hadir) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru. Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin akan kembali kepada UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu. Dalam sidang medianya itu, Najib memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Perak esok bagi menyembah cadangan penubuhan kerajaan baru dan calon Menteri Besar yang baru di negeri itu. Katanya, hanya Sultan Perak sahaja mempunyai kuasa muthlak membubarkan DUN. Terdahulu di Perak, Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dilaporkan sudah membubarkan DUN sebelum menghadap dan memohon perkenan Sultan Perak.Bagaimanapun,selepas keluar Istana Kinta, beliau memberitahu wartawan yang menunggu, 'terserah kepada tuanku'.- 4/2/2009

Komen ADUN

Bagi Nasarudin (Bota), beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.

"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.

"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.

"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini
.

Sementara itu Jamaluddin (Behrang) berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas kerana ada usaha dalam parti itu yang seolah-olah menghalaunya dari parti itu.

"Sebenarnya saya tak ada cadangan pun untuk sertai mana-mana parti, tapi seperti ada usaha seolah-seolah menghalau saya dari PKR, jadi saya ambil keputusan jadi calon Bebas," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak terus menyertai BN, beliau berkata: "Sebab saya tidak fikir apa yang akan berlaku, saya terkejut dengan tindakan (PKR negeri) yang dilakukan terhadap saya," katanya.






KERAJAAN BARU PERAK HAMPIR PASTI… Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah telah meninggalkan parti masing-masing meletakkan kerajaan campuran negeri Perak kini ibarat telur di hujung tanduk.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti.



Agendadaily yang mendapat salinan surat ketiga-tiga ADUN berkenaan daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan.

Dalam surat tersebut ketiga-tiga mereka menjelaskan telah hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan keluar dari parti yang diwakili. Namun surat itu menegaskan, perisytiharan keluar parti itu tidak bermakna mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN.

“Sila ambil maklum bahawa perisytiharan saya keluar parti/tidak lagi menjadi ahli DAP tidak bermaksud saya meletakan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa jua notis perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri yang ditandatangani secara “undated” dan tidak cop rasmi saya adalah dengan ini terbatal secara ab initio ,” demikian tegas Yit Foong dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

Begitu jugalah kandungan surat Jamaluddin dan Osman yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan surat tersebut telah sampai kepada pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ekoran itu Nizar dijadual membuat sidang media jam 1.00 petang yang dikatakan akan membuat pengumuman pembubuaran DUN Perak tetapi telah ditangguhkan.

Difahamkan pihak Istana Perak telah dimaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku dan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah mengutuskan surat kepada pihak Istana menyatakan sokongan kepada Barisan nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru.

Perkembangan lanjut mengenai kemelut politik Perak akan dilaporkan dari semasa ke semasa. – 4/12/2009


11 Responses

  1. so jadi Bebas la..bila nk join BN??

    BN tk anak amik ke??

    Ini perbuatan tidak bermoral..dan keji bak kata Pak Lah..

    BN dari zaman 60an..dh wat keja mcmni.Inilah politik machiavelli..bravo Tuan kambing Hitam seperti kata Kop.sirul.

  2. Salam..

    Syabas...

    kita telah menang melawan dap pkr pas di perak..

    syabas semua warga BPN..

    mari tingkatkan usaha dan bersyukur masih ada sinar untuk kita..

    Hadiah bermakna untuk DYMM Sultan Perak sempena Ulangtahun Baginda hari ini.

    Salam...

  3. sudah join BN bersama kuda trojan Dato Nasa

    Tahniah warga BPN !!

    akhirnya Perak kembali kepada BN dan kemenangan berpihak kepada kita..

    Allah telah selamatkan negeri Perak ..

  4. Ezad says:

    BN perak kena belajar sesuatu, ok!
    kerja utk rakyat.
    kena ingat, 3 kerusi je,anytime depa bleh lompat masuk kandang asal balik..

    tapi aku tau, kerajaan BN dah khatam ilmu politik malaysia ni

    tahniah

  5. ezad ,

    aku yakin dengan sokongan majoriti melayu di Perak kepada kerajaan baru BN ..insyallah dengan rasminya nama untuk jawatan MB baru ..tradisi BN memang akan membela rakyat dan bukan dasar oppotunist seperti pakatan .

    BN adalah parti yang sudah lama faham sepak teranjang politik ini berbanding Pakatan yang baru setahun jagung.. faktor pengalaman luas dalam politik banyak membantu BN walaupun ditembak kiri dan kanan oleh pakatan tetapi BN tetap kukuh dan kebal ..

    sekarang ini bukan masa meraikan kejayaan tetapi membuktikan bahawa BN terus relevan dan cemerlang dalam memerintah negeri dengan baik dan membela nasib semua rakyat .

  6. Anonymous says:

    Tahniah buat UMNO dan Bn...Najib memang ada class....semoga dapat memerintah dengan baik....tetapi apa-apa pun keputusan dari perkenan DYMM Sultan Azlan.....kita tunggu aje la......buat Ikhwan,biasak la sejak dulu kat Kelantan dan trengganu dah kena....baguslah mari semua geng BPN kita berpesta.....Buat Panglima Perang Cyber...tahniah...tapi aku ubah sikit bukan buat hadiah hari jadi sultan..tetapi menambahkan koleksi melawan serta tidak akur kepada perintah sultan...alah macam kawan UMNO ko kat trengganu dan Perlis....apa-apa pun tahniah......baguslah ...silakan ambil 3 adun ini...satu lagi memang pandai berpolitik...ewah...semoga kuda trojan ini akan terus berkhidmat untuk UMNO sampai mati...tahniah...buat panglima.....aku ubah sikit bukan hadiah tetapi koleksi pengurangan kuasa raja-raja Melayu.....dulu dah buat sekali...ini sekali lagi....tahniah sebab Najib mendahului sultan perak....tahniah juga sebab panglima dan geng BPN....dapat untung besar....semoga Datuk Norza and the geng akan terus menyumbangkan dana buat geng BPN.....semoga DYMM Tuanku sultan perak akan "mengenang semulajasa" UMNO mengurangkan kuasa raja-raja melayu...

    Buat abe Mie Terjah.....sebenarnya bukan Nizar gila kuasa..tetapi ingin ambil kuasa dari orang yang gila.....macam......UMNO....la apa..lagi

    Buat pejuang.....tahniah la..aku setuju dengan ko...ini bukan masanya raikan kejayaan tetapi menambah perkhidmatan cemerlang..UMNO....

    dulu DAp...anti melayu....anti Islam...tetapi dap jugalah yang meyelamatkan UMNO....HIDUP UMNO....semua geng BPN termasuk Panglima bolehlah bergambar dengan Cina bekas DAP( yang dianggap oleh KOMUNIS serta BABI oleh ramai geng BPN...ahaa..takkan tak ingat kut...)mai sini panglima tangkap gambar bersama Yee...buat kenangan...

    Semoga Jamaluddin dan Osman jailu..akan hidup mewah.....buat datuk Nasaruddin...tak payah bertanding...kalh pun alright..jugak sebab dah jadi orang kaya.......

    dulu kata UMNO tak mau penerima rasuah masuk parti ATAU JOIN krjn UMNO Barisan Nasional...sekarang bolehla jilat ludah dan kahak masing-masing....confirm...perbicaraan rasuah serta seks 2 adun bekas PKR ini akan bebas......tak caya..tunggggggguuuuuuuu....aje la...

    Kalau kerajaan BN-UMNO memerintah perak semula......tolong ubah semula geran tanah 999 tahun kat kg baru cina..ye(ambil semula)...satu lagi....tambahkan GERAN KEKAL kepada kampung BANGSA MELAYU....krjn pakatan rakyat hanya bagi GERAN KEKAL kat 394 buah kampung MELAYU(100% BANGSA MELAYU aje)...semoga UMNO akan dapat bagi geran kekal kepada semua kampung tersusun kat negeri Perak.....tahniah....

    satu lagi......ambil semula tanah BANGSA MELAYU kat Kampar yang telah diberikan kepada MCA...dulu dekat 10 ribu ekar...elahhh..sikit ajekan....Kampar akan menjadi bandar tersusun orang Cina.....sedikit masa lagi.....tunggguuuu.....

    Siapa MB perak baru..tunguuuuuu...yang pasti tahniah kepada Datuk Najib.....serta UMNO yang memang pakar di dalam sepak terajang politik.....matlamat menghalalkan cara...tahniah UMNO...tahniah BPN..semoga terus membela UMNO..maklumlah tradisi membela..UMNO..eh silap rakyat....

  7. tahniah.. hilang 2 parlimen, dapat 1 negeri. usaha perlu ditingkatkan bagi menyedarkan bangsa2 yg semakin terlena dengan alunan buaian mimpi yg hanya angan-angan mat jenin semata-mata.

    kesian nizar. baru nak bergaya dengan 'TOYOL'TA camry baru. dapat ar naik 2 3 kali..

    so team BPN, usaha perlu ditingkatkan. kita tak perlu membuat cerita yg karut, ape yg perlu dilakukan, kita buktikan pakatan rakyat hanya sebuah pakatan yg bercelaru dan tak membela nasib agama, bangsa dan negara.

    tahniah untuk perak kerana dapat keluar dari cengkaman MB melayu yg bertopengkan cha ya nun alif.

  8. jangan emosi sangat budak PAS..

    ini adalah takdir Nizar dan hanya 11 bulan shj beliau memerintah . jika orang dok menyumpah dan kat belakang ,ini lah yang jadinya apabila pemimpin boneka yang mengikut telunjuk DAP..dari awal lagi orang dah nampak Allah telah selamatkan negeri Perak dari cengkaman seorang boneka dan kerakusan DAP .

    pakatan rakyat pasti akan runtuh selepas ini .. dulu mereka berlagak dan angkuh sangat seperti Nik Aziz cakap BN sudah reput kini sapa yang akan reput dulu ...haha

  9. Anonymous says:

    budak umno ....kahakahaahhh..aku mana ada emosi...aku ucap tahniah ...la bagus la....kita tengok aje.....semoga menjadi pengajaran.....semoga PKR dan PAS bersih dari barua UMNO....cuma

    kalau umno memerintah semula kami pakatan rakyat nak tengok sejauh mana...kebencian kepada orang cina...isu tanah....isu ketuanan melayu UMNO nak selesaikan.....jadilah...sempatla sebelum pemilihan nanti....ko pun apa kurangnya.......boleh balun duit sama..

    Memang banyak duit habis...itu baru nak dapat perak......lepas nie kat Selangor pulak.......

    buat odieneology...lain kali cari avatar yang tutup aurat sikit...takkan pakai seluar pendek.....bagus la......dapat lari dari cengkaman cina......semoga terus dapat bermesra dengan MCA serta GERAKAN yang anti Islam dan ketuanan Melayu...

    buat budak UMNO aka petualang bangsa...semalam poll yang dijalankan oleh ntv7...96% mengatakan BN akan kecundang pada PRU ke 13....tunggu ajelah

    buat rakyat perak..tunggu ajelah khazanah negeri perak akan dibalun oleh puak UMNO...

    semoga geng BPN akan bertambah maju sebagi blogger...tahniah sekali lagi...buat pejuang..syok jugak membaca pemikiran jumud geng PBN.....sudah la jumud...ahmak lagi..hah..ha...ha...ha...

  10. Tahniah kt geng2 umno... selamat menjalankan tugas anda.. itu pon kalo sultan berkenan xde bubar dun...

    ape2 pon keputusannya.. Aku Akur..

    islam hadhari itu sesat menyesatkan...

  11. Anonymous says:

    Kenyataan TUN DR MAHATHIR......UMNO akan MUSNAh akibat mengambil pemimpin rendah moral dan mengamalkan rasuah!

    tahniah TUN....kahhakahhakahh

    pemimpin agung UMNo dah bersuara.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.