Aktiviti YB KJ di Rembau

on Sunday, November 30, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

setiakawan

Gambar-gambar KJ di Kampung Sentosa Jaya dalam DUN Paroi ketika siri lawatan bertemu rakyat dan memperkasa program CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan miskin dan susah, lawatan ke Taman Rasa Sayang berkaitan kesulitan yang dihadapi penduduk saban hari akibat kelewatan penyiapan projek pembentungan dan kenduri kesyukuran yang diadakan oleh Sdr. Mohd Isam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin di Gemenchih.


Ditemuramah oleh para wartawan yang mengikuti siri lawatan bertemu rakyat dan memperkasa program CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan miskin dan susah.


Melihat sendiri kadar kebersihan air yang digunakan untuk diminum dan kegunaan harian penduduk di kawasan setinggan yang tidak mendapat bekalan air bersih.


Mendengar aduan penduduk di kawasan setinggan yang memerlukan bantuan membaiki rumah dan bekalan air bersih.


Mendengar rintihan seorang warga emas yang memerlukan bantuan kewangan bulanan bagi menguruskan keperluan harian, dan KJ memaklumkan kepada pegawai JKM agar meneliti perkara ini dengan memberikan bantuan warga emas.



Makan Tengahari di Balai Raya Kg Sentosa Jaya bersama Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.

sumber : www.rembau.net

* Melihat gambar-gambar dari laman web beliau mengingatkan saya kepada lagu YB oleh Nd Lala .Inilah tanggungjawab dan amanah untuk wakil rakyat agar membantu rakyat apabila rakyat dalam kesusahan dan perlukan bantuan.

* Yb KJ walaupun seorang pemimpin dari golongan muda tetapi beliau adalah anak muda yang berjiwa rakyat .Gaya kepimpinan beliau dan peribadinya yang mudah mesra dengan rakyat cukup dikagumi dan saya berpendapat rakyat Rembau bertuah memiliki Anak muda bernama Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin mereka.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    kalu org bn org tunjuk la kat tv..abih kalau pembangkang lak mane oenah tunjuk..pastu kate lupe diri..camne tu?????

  2. saya rasa gambar2 YB KJ di Rembau tiada pun di dalam TV dan berita tentang ini sy ambil dr blog KJ sendiri .

    Pembangkang saya rasa mempunyai banyak la media altenatif spt blog,akhbar sinar harian,siasah ,wasilah yang boleh dimuatkan berita mengenai wakil rakyat pembangkang.

    tetapi memang berlaku pun pemimpin pembangkang yang lupa diri bila memegang kuasa seperti apa yang perwakilan PKR bangkitkan di Kongres. Adun PKR di tempat saya di PP pun jarang turun padang bertemu rakyat ,nak jumpa di masjid pun tidak pernah pada hari jumaat ke.

    Tak perlu masuk TV pun tak pa ,tapi jika pemimpin itu rajin turun padang bersama rakyat ,insyallah rakyat akan ingat apa yang pemimpin itu menolong mereka .

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.