Tanah 999 tahun boleh bagi, anak melayu tuntut wang ganjaran IPT, pulang hampa…

on Sunday, July 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Sumber : www.utusan.com.my

IPOH 11 Julai – Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di
Tanjung Malim kecewa selepas gagal menuntut wang ganjaran sebanyak RM1,000
seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan di
sini hari ini.

Pelajar berkenaan, Norzyah Sabri, 20, yang baru sahaja mendaftar dalam
program ijazah Sarjana Muda Pendidikan (bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) di
UPSI pada 29 Jun lepas yang ditemani bapanya, Sabri Puteh, 39, terpaksa pulang
hampa selepas diberitahu ganjaran tersebut tiada.

Noryzah berkata, semasa meminta bantuan petugas kaunter di pekarangan
bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu untuk berjumpa dengan Exco Pendidikan
Perak, Nga Kor Ming, dia dan bapanya diminta pulang dan melupakan hasrat untuk
mendapatkan wang ganjaran tersebut.

“Kata petugas itu mana ada ganjaran sedemikian dan tidak perlu buang masa
jumpa Exco berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Pada sidang akhbar khas yang diadakan di pejabatnya Isnin lalu, Menteri Besar
Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan kerajaan negeri memberi
ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan
pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya, bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri
berjumpa dengan Kor Ming dengan membawa dokumen pengenalan diri serta surat
tawaran ke IPTA.

Menurut Noryzah, selepas apa yang berlaku hari ini, rasa teruja mendapatkan
ganjaran RM1,000 itu sejak empat hari lalu lenyap serta-merta.

“Wang ganjaran ini heboh diperkatakan di kalangan kawan-kawan sejak Menteri
Besar mengumumkannya. Malah, ramai guru dan rakan di universiti lain menghantar
khidmat pesanan ringkas (SMS) mengingatkan saya supaya jangan lupa menuntut
ganjaran yang dijanjikan itu.

“Dengan apa yang berlaku hari ini, nampaknya kerajaan negeri mahu aniaya
pelajar seperti saya sedangkan saya mendapatkan semua dokumen termasuk
pengesahan kemasukan dan sebagainya daripada pihak UPSI tetapi segala usaha
sia-sia,” katanya.- Utusan.

P/S : Orang yang memperjuangkan Islam tak baik menipu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.