- Kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi & Majlis Kerja Tertinggi UMNO cukup jelas dan terang tentang tentang kerjasama UMNO menyertai kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin / Perikatan Nasional .
-Ini disebabkan ada dikalangan pemimpin UMNO termasuk dalam MKT tidak puas hati agihan jawatan Menteri kepada UMNO dan kementerian penting dalam kerajaan .
- Jadi kenyataan Presiden telah merungkai persoalan ini bahawa UMNO menyokong Kerajaan Perikatan Nasional ini adalah bersyarat & ia kekal hingga PRU15 .
- Lebih menarik lagi Naib Presiden DS Khaled Nordin menambah MKT UMNO juga setuju kerajaan PN hanyalah perikatan antara ahli Parlimen UMNO bukan kerjasama parti .
- Ia seperti kerajaan Perpaduan pernah dicanangkan Mantan PM Interim dulu tetapi ditolak UMNO PAS disebabkan kehadiran juga parti yang diangap tidak rasisnya iaitu DAP .
- Pertukaran jawatan SUA UMNO & Ketua Penerangan juga mempunyai kaitan iaitu bagi mengurangkan kehadiran orang MKT UMNO dalam Kabinet Muhyiddin . Jika dilihat majoriti lantikan Menteri/Timb dari UMNO adalah Ahli Parlimen biasa .
- Ini juga mungkin sebagai langkah mengurangkan damage kepada UMNO jika sebarang tindakan diambil kerajaan Muhyiddin menemui kegagalan . Sama juga pendirian parti GPS yang nampak lebih bijak dengan hanya sertai Kabinet Muhyiddin bukannya sertai Perikatan Nasional.
- Jadi , kepada pimpinan UMNO dari pusat hingga bahagian, ingatlah ini bukan kerajaan UMNO /BN ataupun Muafakat Nasional tapi kerajaan Muhyiddin PPBM hingga PRU15 yang mungkin tak sampai 3 tahun sahaja lagi.
- Walaubagaimanapun , sekiranya UMNO PAS terus berada dalam kerajaan PN sekarang ini hingga PRU15 juga merupakan kelebihan cukup besar menghadapi pilihanraya berbanding ketika menjadi pembangkang.
-UMNO perlu terus fokus bersama PAS bagi menghadapi PRU15 dan tidak mustahil juga kita akan berlawan semula dengan Pakatan Harapan Anwar -Mahathir lagi .