TOK MAT DEDAH UNDI PERCAYA PAS KEPADA TUN M STRATEGI PERANGKAP PH

on Sunday, March 8, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

 



SABTU: 7 Mac - Rancangan PAS untuk melakukan undi percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad bulan lalu dirancang untuk mengganggu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menggagalkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan (Tok Mat) yang mempengerusikan jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional (MN), berkata ia adalah sebahagian tugas mereka sebagai pembangkang ketika itu.

"Itu sebabnya dalam mesyuarat kita katakan, PAS buat kenyataan, kita buat undi percaya kepada Perdana Menteri, kerana kita tau Bang Non (Anwar) nak jadi Perdana Menteri.

"Undi percaya pada PM Mahathir, kita bubuh satu bom asap, tengok macam mana dia lari tengah malam atau pun tak.

"Kita memang rancang begitu, supaya biar dia kelam kabut, dia dah syak wasangka antara satu sama lain. Itulah yang retakkan kedua-dua belah.

"Zaman kita sekarang zaman pelik, memang pelik. Mana ada pembangkang nak undi percaya kepada Perdana Menteri. Pembangkang selalunya buat undi tak percaya, dia (PH) pening kepala," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Pagoh pagi tadi.

Video ucapan tersebut disiarkan oleh laman Facebook UMNO Online.

Desakan penyokong Anwar kepada Mahathir untuk meletakkan jawatan dikatakan sebagai sebab mengapa Bersatu bergabung dengan UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan baru.
Langkah itu mencetuskan krisis politik yang menyebabkan Mahathir meletak jawatan.

Ia berakhir dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang menjadi tonggak gabungan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, BN, dan PAS, dengan sokongan dari GPS.
Mohamad juga menafikan bahawa UMNO merampas kuasa daripada kerajaan PH.

"Sebenarnya kita tak merampas kuasa sesiapapun. Kerajaan Pakatan Harapan yang jatuh, kerajaan Pakatan Harapan yang terbubar," katanya.

Bagaimanapun, beliau juga mengatakan bahawa sekiranya kerajaan PH dibiarkan maka ia akan menyebabkan orang Melayu menderita.

"Kerajaan PH kalau kita biar lagi 2 hingga 3 tahun akan datang, kemudaratan yang amat dasyat kepada orang Melayu dan agama Islam.

"Itu yang kita perlu cegah, itu yang perlu kita turunkan mereka segera, tapi mereka turun terlalu cepat kita pula ternganga," katanya berseloroh.


One Response

  1. cikminah says:

    Tok Mat...jangan terlalu gembira. Kerajaan PN tu ibarat telor di ujung tanduk. Nak tubuh cabinet pun ibarat kain sengkat. Kamu tekanlah Mahyidin, mintak portfolio besarmcm TPM, Kem.Kewangan, KDN dsn Pertahanan.
    Sekali Mahyidin ambil keputusan keluar dari PN, apa kamu nak gebang....????

    Tun M relaks je, betbadikal keliling Putetajaya. Dia tahu, tak guna kejar gunung. Hilang kabus, nampaklah dia.

    Just bring it on!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.