Jika ada penyelewengan, kita akan bawa Lim Guan Eng ke mahkamah

on Sunday, March 8, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




“Jika ada penyelewengan, kita akan bawa Lim Guan Eng ke mahkamah, dia tidak boleh terlepas begitu sahaja… bukan kita mahu balas dendam tapi ini adalah masalah negara dan kita harus pertahankan,” ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jelas beliau, persoalan yang sehingga kini tidak terjawab adalah di mana duit hasil penjualan aset negara dan duit yang diambil daripada Petronas kerana ianya tidak disalurkan kepada kementerian ataupun diberi kepada rakyat.

“Dia letak duit dimana… saya ingat dia adalah menteri kewangan paling pandai rupanya paling bodoh, tidak tahu bagaimana hendak cari hasil untuk negara, dia pinjam, ambil duit dari Petronas 82 bilion kemudian ambil lagi 10 bilion. Tidak cukup dengan itu dia jual harta kita.


“… nak kata bagi kepada kementerian tidak ada… bagi kepada petani, pesawah pun tidak ada jadi dimana semua duit itu?,” soal beliau ketika berucap merasmikan persidangan serentak cawangan UMNO bahagian Pagoh di sini hari ini.

Mohamad yang lebih mesra dipanggil Tok Mat juga memperingatkan semua pemimpin untuk bersedia menghadapi PH apabila Parlimen mula bersidang nanti.

“Saya pasti sidang Parlimen akan tegang… mereka akan menyerang hendap dan lakukan apa sahaja untuk gagalkan kerajaan yang ada sekarang ini.

“Maka sekarang bukan masa untuk bersenang-lenang, buat yang terbaik dan jangan berlengah. Pastikan kerajaan yang didirikan dijalankan dengan baik dan jangan gelojoh, buat elok-elok dengan waras dan yang penting kita kena baik di hati,” ujar beliau.
Tambah Tok Mat, UMNO adalah sebuah parti yang kuat diakar umbi dan bukannya di bangunan PWTC sahaja.

“UMNO umpama sebatang pokok, kita tidak kuat di daun walaupun cantik tapi pokok kuat di akar umbi, yang bekerja mencari makan adalah akar umbi, begitulah UMNO.
“Ketika ombak besar melanda UMNO dan BN pada PRU-14, disebabkan akar umbi kita kuat maka kita dapat terus bertahan dan meneruskan perjuangan. Inilah yang dinamakan perjuangan… perjuangan bukan terletak pada jawatan ataupun imbuhan.

Untuk rekod, berikut adalah antara harta negara yang telah dijual oleh PH sepanjang mentadbir negara selama 22 bulan:

1. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-divest-16-ihh-mit…).
2. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018 (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/…).
3. Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/axiata-jual-semua-kepentingan-…).
4. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.bhplus.com.my/…/khazanah-jual-saham-bank-filipin…).
5. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019 (Rujuk:https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag…).
6. Kementerian Kewangan (MOF) menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/…/takkan-seluar-dalam-pu…/).
7. Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.astroawani.com/…/boustead-jual-hotel-royale-chul…).
8. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/harga-saham-tnb-menjunam-permo…).
9. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/drb-hicom-jual-11-peratus-kepe…).
10. Axiata pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/anak-syarikat-axiata-jual-pern…).
11. Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/…/malaysia-signs-framework-a…).
12. FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.nst.com.my/…/fgv-sells-unit-china-grand-industr…).
13. Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thestar.com.my/…/khazanah-unit-to-divest-office…).
14. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thesundaily.my/…/malakoff-pays-us-70m-for-desar…).
15. Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/484209…).
16. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.thestar.com.my/…/khazanah-to-sell-prince-court-…).
17. Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.nst.com.my/…/khazanah-sells-its-controlling-sta…).
Ini semua belum termasuk harta Tabung Haji dan lain-lain lagi. – UMNO ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.