PROSES REMAJAKAN PARTI , UMNO PERLU BERI RUANG ORANG MUDA MEMIMPIN @KhairyKJ @AzwanBro @NajibRazak

on Monday, November 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan UMNO perlu memberi ruang yang lebih luas kepada generasi muda untuk berada dalam saf kepimpinanya sekiranya mahu mendapat perhatian terutama daripada belia bandar.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau berkata, langkah itu juga dilihat sebagai menunaikan janji UMNO kepada golongan muda dalam proses meremajakan parti.
“Kalau kita lihat kadar urbanisasi, penghijrahan anak muda dari kawasan luar bandar ke bandar sudah mencecah 60 peratus dan trend ini akan berterusan.
“Mereka memerlukan seorang pemimpin atau barisan pemimpin yang memahami mereka dan yang dapat memperjuangkan mereka,” katanya memetik dari laporan Bernama semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (PEMANAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan turut bersetuju dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai usaha meremajakan parti itu harus diterjemah dengan memberi peluang kepada generasi muda menyertai barisan kepimpinan parti.
Ketika merasmikan Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perdana Menteri berkata aspek ‘politik Y’ membuka lebih ruang kepada generasi muda terlibat dalam UMNO.
Katanya golongan tersebut perlu diberi panduan dan bimbingan untuk memimpin supaya UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif dan dinamik.


***  GPB setuju dengan pendapat YB KJ ini jika UMNO betul-betul mahu laksana proses meremajakan parti . Sebabnya orang belia bandar mahu pemimpin yang muda menjadi pemimpin mereka bukannya letak Datuk yang tua2 sebagai wakil rakyat. 


One Response

  1. Anonymous says:

    Nampak gaya tidak lama lagi KJ akan jadi PM gantikan Najib. Najib tu kan dah lama menjadi salah seorang pemimpin UMNO..........Terus respon dia ni tak tunggu lagi dah, SYABAS KJ

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.