KJ JAMBATAN ANAK MUDA & MAHASISWA DEKATI UMNO - PEMANAS @KhairyKJ @NajibRazak #PAU2014

on Tuesday, November 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Pendekatan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang politik pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 2014 menarik perhatian peserta persidangan itu.

Seramai 240 mahasiswa dari dalam dan luar negara menunjukkan isyarat positif terhadap UMNO selepas lebih satu jam mendengar penerangan daripada Menteri Belia dan Sukan itu.

Khairy juga berkongsi pelbagai idea dan tip untuk menjadi pemimpin dan ahli politik yang berwibawa dan turut mengajak mereka bersama-sama UMNO untuk meremajakan parti itu.

Beliau yang lebih popular dengan panggilan 'KJ' tidak keberatan menjawab kira-kira 15 soalan dan cadangan dikemukan mahasiswa, yang kebanyakannya mahu UMNO lebih terbuka mendengar suara belia dan mahasiswa.

Penuntut tahun dua jurusan ekonomi dari Universiti Shizuoka, Jepun, Nur Aqilah Imran, 21, berkata perkongsian yang dikemukakan Ahli Parlimen Rembau itu telah mengubah persepsinya terhadap UMNO.

"KJ mempunyai aura yang tersendiri ketika menyampaikan peranan sebenar UMNO dalam menjaga kedudukan bangsa Melayu, kemurnian agama Islam dan kedaulatan negara.

"Hari ini, saya tidak lagi melihat UMNO sebagai sebuah parti lama sebaliknya parti yang mahukan lebih peranan golongan muda terutama mahasiswa untuk bersama-sama membawa perubahan kepada negara," katanya.

Pelajar tahun tiga Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Gifu, Jepun, Ben Haaziq Mohd Rosli, 22, pula berkata pendekatan yang dibawa Khairy telah menambat hati golangan muda untuk kembali mendekati UMNO.

"Saya melihat KJ sebagai 'jambatan' golongan muda dan mahasiswa untuk mendekati UMNO. Beliau mampu mendengar apa yang disuarakan mahasiswa untuk disampaikan kepada pimpinan tertinggi UMNO.

"Tidak semua pemimpin UMNO mampu mendekati golongan muda, tetapi KJ boleh. Kami mahukan lebih ramai pemimpin UMNO seperti beliau," kata Ben Haaziq.

Pelajar jurusan psikologi di Universiti of East London, Mohammad Nor Sakhawi Mohd Subri, 22, pula kagum dengan cadangan dan usaha Khairy untuk meningkatkan kebajikan dan kehidupan mahasiswa yang menuntut di luar negara menerusi Kelab UMNO Luar Negara.

"Usaha beliau untuk mengukuhkan lagi peranan Kelab UMNO Luar Negara bagi menjaga kebajikan pelajar Malaysia sangat dialu-alukan. 

Perkara ini bukan hanya memberi kebaikan kepada pelajar Melayu tetapi keseluruhan idea itu memberi manfaat kepada bangsa lain dan ia menepati konsep 1Malaysia," katanya.



One Response

  1. Anonymous says:

    Haramjaddah KJ Perasuah Tegar... UMNO bodoh pilih dan kekalkan KJ

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.